MALAYSIA MENYERANG BRUNEI (DEFCON 4)

Posted: January 5, 2010 in MILITARY

Malaysia menyerang brunei. Mesti anda semua tertanya- tanya bila? kenapa? betul atau tidak anda mesti baca betul-betul dan fikirlah sendiri.

OPERATION TROPIC FURY : THE LIBERATION OF BRUNEI, SEPT 2008

Limbang Valley, Brunei, 2 Sept 2008
1. Pagi ini, Sultan Brunei akan merasmikan sebuah klinik untuk satu suku kaum di kawasan LembahLimbang. Helikopter Di Raja yang dinaiki baginda, Sikorsky S-76 terbang menyusuri lembah yang dipalu seperti ular itu dari kawasan Laut China Selatan untuk bergerak ke kawasan pergunungan hutan hujan di utara Borneo.
2. Ia hanya memakan masa 20 minit penerbangan kerana trafik udara di kawasan itu telah diarahkan ke tempat lain.Kadang-kadang Sultan itu yang memang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pesawat terbang mengemudi pesawat itusendiri, hari ini beliau memilih untuk berehat di tempat duduk penumpang dan membaca naskah elektronik Wall StreetJournal melalui komputer riba terbaru, Toshiba.
3. Secara kebetulan, akhbar itu menggunakan tajuk utama mengenai hasrat baginda untuk membangunkan kawasan minyakyang baru sahaja diterokai Brunei di kawasan Laut China Selatan. Kawasan itu terletak berhampiran kepulauan Spartly, boleh dikatakan penemuan minyak oleh Brunei kali ini merupakan antara yang terkaya dan terbesar setandingdengan penemuan minyak di kawasan Laut Utara pada tahun 1970an dahulu.
4. Malangnya, negara-negara yang mempunyai kepentingan di kepulauan rebutan itu tidak sediplomatik dengannegara-negara yang terlibat dengan masalah di Laut Utara seperti Britain dan Norway. Lebih dari 12 buah negara sedangmenuntut kepentingan masing-masing di kepulauan Spartly dan hanya segelintir sahaja bersedia untuk berkongsi.
5. Di sebelah timur kepulauan Spartly terdapat Filiphina, di mana penemuan telaga minyak di kawasan itu pastiakan menyelesaikan masalah kemiskinan negara itu. Di sebelah barat, terdapat China komunis dan Vietnam yangmenukarkan aliran minyak kepada tunai untuk membangunkan ekonomi mereka. Di sebelah Utara, Taiwan masih mengakuisebagai “China sebenar” merasakan mereka patut mendapat perkongsian mereka di kawasan itu.
6. Masalah utama bagaimanapun terletak di kawasan Selatan di mana, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Bruneimasing-masing mempunyai tuntutan bertindih dan separuh dari mereka sanggup berperang. Brunei yang kecil, yang menghasilkan minyak mentah di Utara Borneo merupakan negara yang terkaya di dunia dan ini mendatangkan perasaancemburu pada negara jirannya seperti Malaysia.
7. Malaysia sendiri dilanda masalah dengan ledakan populasi, ketegangan kaum dan kekurangan sumber minyak mentah.Kaum Melayu memang penuh dengan ancaman dan satu sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan memutuskan nasib pelan pembangunan di Laut China Selatan yang kaya dengan telaga minyak. Malaysia sudah menyertai Indonesiadan sedang memujuk Singapura untuk menyertai pakatan itu, pujukan yang sama ditujukan kepada Brunei tetapi Sultan Brunei menolak pelawaan Malaysia dengan cara yang baik.
8. Sultan itu sebenarnya mempunyai rancangan baginda sendiri, baginda mahu membentuk satu organisasi bukanbersifat keuntungan yang melibat banyak negara yang akan melaburkan hasil minyak di kepulauan terbabit untukmembina sekolah, jalan dan pelbagai kemajuan yang amat diperlukan oleh penduduk di rantau ini. Sultan itu tahu,niat baik baginda tidak dikongsi oleh negara-negara jirannya dan perasaan ketidak puasan hati itu lah yang menjadi tajuk akhbar Wall Street Journal yang sedang dibaca itu.
9. Akhbar yang sama juga melaporkan Singapura, Taiwan dan Filiphina menyokong idea baginda tetapi Malaysia dan Indonesia menolaknya. Dari jauh sebaik sahaja kelihatan selekoh sungai, sudah kelihatan tanda H yang dikelilingibulatan, untuk pendaratan helikopter. Juruterbang helikopter itu merupakan bekas komander bersara tentera udaraBritish dengan pengalaman beribu jam penerbangan. Dia juga dilatih untuk evasi kecemasan dan tiba-tiba melihatsatu percikan api di permukaan bumi.
10.Beliau cuba mengelak dengan menukar haluan helikopter secara drastik menyebabkan komputer riba jenis Toshiba yang sedang digunakan oleh Sultan tercampak. Evasi juruterbang itu sebenarnya sudah terlewat, kepala peledak misilsudah pun mengunci sasaran ke injap enjin helikopter itu dan pada masa yang sama, satu lagi misil dilancarkan dari satu lagi bukit di lembah itu. Peledak berkuasa tinggi misil itu menghancurkan sama sekali, injap hidraulikdan tiub bahanapi pesawat malang itu. Jika helikopter itu menerima sekali hentaman dari sebuah misil, harapan untuk selamat mungkin ada tetapi tujahan misil kedua melenyapkan kesemua harapan.
11.Sekumpulan VIP dan kakitangan perubatan dari klinik rakyat yang sepatutnya dirasmikan oleh Sultan bagai tidakpercaya dengan apa yang mereka lihat tetapi bergegas menuju ke bangkai helikopter yang sudah jatuh berkecai ke bumi. Sultan Brunei, lelaki yang terkaya di dunia kali ini hanya mampu dikenali melalui rekod pergigian baginda.
The Palace, Bandar Seri Begawan, Brunei, 2 Sept 2008.
12.Putera Mahkota, Omar Bolkiah, 26 tahun sedang bermain tenis dengan jurulatih baginda apabila pegawai istanamenghampiri baginda dan memaklumkan kemangkatan ayahanda baginda. Omar tidak pasti di antara putera-putera ayahanda baginda, siapa yang tergamak melakukan perbuatan keji itu dan baginda sendiri mengetahui campuran kuasaasing dalam kemelut politik di rantau itu sejak kebelakangan ini. Omar juga tahu, nyawanya bakal menjadi tidakmenilai jika baginda terus berada dalam kawasan 50 ekar istana ayanandanya.
13.20 minit kemudian, Omar yang diselebungi pakaian tudung wanita diseludup ke dalam sebuat bot yang menunggu disungai oleh pelayan-pelayan setia kakak baginda. Sejam kemudian, beliau bertukar pakaian putih pegawai tentera laut selepas menaiki bot penyerang laju misil kelas Pejuang yang sudah lama tetapi masih boleh dipercayai. Bot itu bergerak dengan senyap meninggalkan pelabuhan Muara untuk ke lautan lepas.
14.Putera yang masih muda itu kemudian berfikir “Tidak, aku ini kena berfikir seperti seorang Sultan…”, beliau tidak boleh menunjukkan kesedihan dan kebimbangannya.
British Embassy, Washington, 5 Sept, 2008.
15.Satu bungkusan sulit yang disamarkan dengan taraf diplomatik Perkhidmatan Luar Baginda Ratu tiba kedutaan ituhari ini melalui penerbangan dari Singapura. Ia kemudian dikutip oleh agen perkhidmatan rahsia British dandiiringi dengan begitu ketat. Suasana agak luar biasa, lelaki-lelaki yang mengelilingi bungkusan itu merupakanpegawai-pegawai perisikan, perhubungan diplomatik dan pegawai tentera. Bungkusan diletakkan di atas meja.
16.Meja itu sendiri sejarahnya dibuat dari kayu yang ditebang dari hutan berhampiran dengan kawasan kemalanganhelikopter Sultan Brunei, bungkusan dibuka dan kelihatan kepingan besi yang berwarna hitam akibat terbakar,barang itu bertukat tangan dan diperhatikan oleh setiap pegawai yang mengelilingi meja itu.
17.”Komando Special Air Service kita mengutip sisa ini selepas kemalangan. Banyak perkara celaru berlaku,” salahseorang pegawai berbangsa British bersuara.
18.”Tidak syak lagi, ini merupakan cebisan peledak dari misil Stinger, acuan China,” kata seorang pegawai risikAmerika Syarikat (AS).
19.Pegawai AS itu menyambung, memang sukar untuk mengesan pemilik sebenar misil ini kerana ia boleh dibeli di mana-mana pasaran senjata dunia ketiga dengan harga beberapa ribu deutschmarks. Soalan berikutnya ditanya oleh Penasihat Presiden untuk Keselamatan Kebangsaan terhadap duta besar British. “Tuan duta, bagaiman dengan pendiriankerajaan Britain mengenai perkara ini”. “Seperti yang anda tahu, Perdana Menteri kami berada dalam keadaan yangsukar. Shell British dan Lyods sudah membuat pelaburan trillion pound di Malaysia dan Brunei. Keuntungan yang kamidapat dari kedua-dua negara itu pasti berganda. Pihak syarikat ini sudah pasti akan memberi tekanan kepadakerajaan jika tindakan kami ini bakal merugikan mereka.
20.”Bagi saya ini serupa dengan penjarahan oleh sebuah negara besar ke jirannya yang kecil sama seperti penaklukanIraq ke atas Kuwait pada tahun 1990. Atas sebab-sebab ini, kerajaan kami tidak boleh menunjukkan pendirian sebenaratas kepentingan pelaburan syarikat British tetapi kami akan menyokong apa jua tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan AS,”

Comments
  1. Cha says:

    mengarutlah…tak mungkin Malaysia menyerang Brunei..satu2nya negara beraja spt Malaysia yg bezanya hanya berparlimen…yang pasti majlis raja2 melayu ada hubungan yg akrab dgn kesultanan Brunei tidak akn menyokong.Org Melayu lebih setia pd raja2 drpd Perdana Menteri sendri.fikir-fikirkn lah Wasallam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s