ADA APE PADA WEBSITE BIRU PUTIH?

Posted: January 18, 2010 in PENGETAHUAN

Tanda-tanda Anda Ketagihan Facebook
Artikel ini dibuat setelah saya melihat fenomena di Malaysia sekarang ini yang mana rata-rata mabuk pasal facebook. Sampaikan facebook menjadi top site kat malaysia.Dan diperhatikan juga terdapat macam-macam ragam pengguna facebook sekarang sampai ade yang kena saman sebab facebook dll.Aku mesyuarat semalam pun masing-masing sibuk pasal facebook.sungguh ramai facebook maniac kat malaysia ni sekarang.
Balik kelas,balik kerja, hujung minggu lagila facebook,balik dari trip pun bukan kata nak relax dulu tapi terus facebook. Asal online jer bukawebsite warna biru putih sampai 4, 5 jam. Ade yang habis maniac pun bukak facebook sampai berjam-jam main game dalam facebook. Game dia senang je pun klik-klik dengan mouse je tapi impak die memang melalaikan dan merugikan masa.
Kuat sungguh pengaruh facebook sekarang ni.
Jika anda termasuk dalam senarai ini, maka anda memang seorang penagih Facebook. Usah dinafikan lagi, korang memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi melainkan pergi berubat di Harun Din. Eh Harun Din pun ada Facebook add la dia facebook.com/harun_dean_supernatural. Tak tahulah itu Harun Din betul ke ataupun dia menyamar.
Apapun, ini list yang aku hasilkan berdasarkan kajian tempatan aku terhadap fenomena yang kurang sihat ini.
1) Anda ada applikasi Facebook di iphone/homepage anda adalah Fesbuk.
2) Anda meminjam Iphone kawan anda untuk melayari Facebook dan mengupdate status ”….at ijai’s house playing Call of Duty”
3) Anda ada kawan melebihi 380 orang dan separuh daripadanya anda tak kenal pun main add je sebab gambar profile dia tunjuk lurah dada/bulu dada.
4) Anda tukar status setiap 2 jam. Lepas tu ‘komen’ dan ‘like’ status sendiri dan disusuli dengan berpuluh2 komen daripada penagih lain boleh pegi berchatting pulak di ruangan status.
5) Anda merupakan ahli kumpulan ‘I bet I can find 1,000,000 people who Tak Semayang Subuh’, ‘Saya Benci Hidung Siti Sarah’, ‘If You Are a Malay Say Entah’ dan lebih 50 kumpulan lagi yang korang main join je tanpa tahu hala tujuan serta tuhan yang disembah.
Ada lagi. Sila klik Read More untuk terus membaca.
6) Anda menukar status hubungan anda daripada ‘Single’ kepada ‘In A Relationship’ kemudian ‘Threesome’ dan disudahi dengan ‘Single’ kembali semata-mata untuk menarik perhatian mahupun simpati rakan.
7) Suami anda kini tidak lagi ghairah mahu menusuk anda lagi secara realiti sebaliknya menusuk-nusuk (superpoke) anda di Fesbuk.
8) Anda kini berada di level 268 di Mafia Wars.
9) Anda menjadi stalker kepada bekas teman lelaki anda ataupun orang yang pernah anda minat. Memang anda tahulah setiap aktiviti dan pergerakan lepas tu pura-pura hang out di tempat yang bekas teman lelaki anda selalu lepak mengharapkan mata bertentang mata dan membakar bibit-bibit cinta lama.
10) Anda membaca entri ini setelah mengkliknya dari Fesbuk.
Tak mengapa jika ketagih Facebook. Asalkan tidak lupa solat Maghrib sudah. Sila tambah list ini jika korang ada simptom-simptom penagih yang korang ingin kongsi yang boleh dijadikan tauladan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s