paradiqma teknologi 2010

Posted: January 20, 2010 in ICT

2010 telah pun tiba, dan dunia teknologi Malaysia tidak lagi akan sama seperti dulu menjelang tahun baru ini. Kerajaan Malaysia sendiri telah menyediakan belanjawan khas untuk bidang ICT sempena tahun ini, dan tentunya yang amat menarik perhatian pada tahun ini kelak adalah berkaitan dengan HSBB dan sambungan internet.

Internet

Untuk tahun ini, kerajaan akan menumpukan perhatian yang serius pada sambungan internet, dimana Malaysia menjangkakan untuk mencapai penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50% menjelang akhir tahun ini. Buat masa ini, angka penembusan jalur lebar Malaysia berada pada kadar 31.4%.

Pada tahun ini juga, TM bakal memperkenalkan internet berkelajuan tinggi yang mana turut dipanggil sebagai HSBB yang bakal menawarkan kelajuan sehingga 15Mbps pada suatu kadar yang amat berpatutan. Harga dan pakej yang bakal ditawarkan akan diperlihatkan oleh TM menjelang suku tahun pertama tahun ini.

Para penyedia sambungan internet melalui WiMax juga akan terus berkembang sepanjang tahun ini.P1 sendiri telah memperuntukan sebilangan besar wang untuk memperluaskan kawasan liputan mereka termasuk di Sabah dan Sarawak, selain YTL yang bakal memperkenalkan sambungan 4Gyang serba baru menjelang pertengahan tahun ini.

Pada masa yang sama, penyedia talian komunikasi seperti Celcom, Maxis, DiGi dan UMobile turut bersaing secara sihat dalam industri ini. Maxis terkini sedang dalam proses memperkenalkan HSPA+ yang menawarkan kelajuan sehingga 21Mbps.

Sistem Operasi

Sistem operasi akan terus berkembang pada tahun ini, dimana kita akan dapat melihat pembangunan Windows 8 yang bakal dilepaskan pada tahun 2011 atau 2012 kelak, selain Chrome OS yang dinantikan ramai yang bakal diperkenalkan pada tahun ini juga. Chrome OS yang banyak menggunakan fungsi cloud-computing telah pun mula mendapat perhatian sejak akhir tahun lepas, dan dengan pelancaran rasminya kelak, ianya mungkin akan mengubah cara perkomputeran kita.

Ubuntu pula akan membawakan sokongan LTS melalui 10.04 yang mana dijangka akan membawakan antaramuka seakan aero padanya. Sistem operasi Linux juga dijangka akan mengalami pelbagai inovasi sepanjang tahun ini.

Pada masa yang sama, sistem operasi telefon bimbit turut akan berevolusi. Android sendiri akan membawakan pelbagai fungsi yang menarik dengan pengenalan Android 2.0. Pada masa yang sama, Symbian akan membawakan antaramuka baru pada tahun ini, dan juga Maemo yang mendapat perhatian daripada pihak Nokia buat masa ini. Microsoft pula dijangka akan memperkenalkan Windows Mobile 7.0 pada tahun ini.

Telefon Bimbit Pintar

Lebih banyak telefon bimbit pintar akan diperkenalkan di Malaysia dan dibawa masuk oleh para penyedia telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan DiGi. Celcom sendiri sedang dalam perbincangan bersama pihak Motorola dan juga HTC untuk membawa masuk telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Android, manakala Sony Erricsson dan Samsung juga bakal memperkenalkan telefon bimbit Android mereka di Malaysia dalam waktu terdekat. UMobile pula, baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama bersama dengan XFone untuk membawa masuk gajet-gajet XFone ke dalam Malaysia. CSL yang membangunkan telefon bimbit di Malaysia berkemungkinan besar akan memperkenalkan telefon bimbit kos rendah dengan teknologi 3G pada tahun ini.

PC Tablet

Sama seperti yang dinanti-nantikan di dunia teknologi Malaysia, PC Tablet turut dinantikan oleh masyarakat seluruh dunia yang lain. PC Tablet yang pertama diperlihatkan oleh Mimos, melalui MakCik PC pada tahun 2008 yang lepas, dan kini ianya diikuti oleh Microsoft dengan PC Tablet yang dipanggil Courier dan juga terbaru, beberapa ura-ura mengatakan yang mana Apple juga bakal memperkenalkan PC Tablet mereka yang dipanggil dengan nama iSlate buat masa ini.

Pada masa yang sama, beberapa syarikat yang lain turut menumpukan perhatian mereka kepada PC Tablet, dan beberapa penganalisa industri telah pun mengatakan yang mana tahun 2010 akan dipanggil tahun PC Tablet.

Mimos sendiri telah memperkenalkan beberapa prototaip PC Tablet seperti MakCik PC, Jen-ii, dan juga iDola dengan harga bermula serendah RM500.

Laman Sosial

Penggunaan laman sosial akan terus berkembang di Malaysia, dengan pembelian Friendster oleh MOL Global baru-baru ini. Buat masa ini, Facebook telah menjadi laman yang paling popular di Malaysia, dan ianya kini mula digunakan oleh pihak kerajaan secara serius dalam menyampaikan maklumat kepada para rakyat dengan mudah. Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan 1Malaysia pada Facebook, dan terbaru Polis Di Raja Malaysia juga menggunakan saluran Facebook untuk berhubung dengan rakyat.

…dan banyak lagi.

Bersama-sama dengan ini, pelbagai perkara baru yang akan mendapat perhatian sepanjang tahun ini. Office 2010 yang bakal diperkenalkan kelak sudah tentu akan mendapat perhatian ramai pada tahun ini, diikuti dengan fungsi cloud-computing yang semakin mendapat perhatian ramai sejak Chrome OS dan Windows Azure diperkenalkan sebelum ini. HTML 5 juga akan terus membangun sepanjang tahun ini, selain masalah yang paling besar dijangka akan dihadapi sepanjang tahun ini adalah berkaitan dengan hak keperibadian (privacy) yang dikaitkan dengan laman-laman sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s