ROKOK YANG PALING SELAMAT,SIHAT DAN TIDAK BAHAYA UNTUK KESIHATAN

Posted: February 2, 2010 in PENGETAHUAN

Kalaulah seseorang dah merokok, apa halangan sekalipun mereka tidak akan lupakan bahan itu. Keluar fakta yang mengatakan rokok itu bahaya, rokok naik harga pun, mereka tidak akan berhenti dengan mudah.  Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, juga membahayakan orang sekelilingnya yang menghidu asap rokok terbabit. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan. Racun yang paling penting adalah TarNikotin dan Karbon Monoksida. Nasib baik saya tidak terjebak dengan kegiatan ini.

Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.

Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.

Bagaimana rokok ini berfungsi

rokok ini terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bateri,atomizer dan narkotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nirkotin cair dan udara. hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukanya asap, Maka ia tidak mengandungi karbon monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yang berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang tebakar ketika dihisap.

kepada sesiapa yang berminat untuk membelli rokok ini boleh dapatkan di kedai binggo di belakang kkd (kuala perlis) harga boleh masih di peringkat promosi.

Comments
  1. ABU ZARIN OTHMAN says:

    Order melalui pos boleh ke? Kalu boleh nak cuba 1

  2. sultan africa says:

    wau..saya nk tempah 50 kontena,, hantar dpn istana sya dkt bermuda island

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s