AEW&C (airbone warning and control system) bahagian 2

Posted: February 5, 2010 in MILITARY

*pesawat yang mungkin menjadi platform sistem PS-890 Erieye milik Malaysia.

Pada kali ini saya akan kembali membawa  pembaca  kepada artikel yang sedikit berat iaitu tentang episod pemlikan Pesawat Sistem Amaran & Kawalan Udara (AEW&C) dalam iventori terbaru TUDM. Artikel pada kali ini merupakan sambungan daripada artikel yang bertajuk “tanpa aew&c apalah sangat sukhoi milik TUDM”. Setelah Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) memutuskan untuk memperoleh aset pesawat Sistem Amaran & Kawalan Udara (AEW&C), tumpuan kini terarah kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah cakap-cakap mengenainya telahpun terjawab semasa LIMA 2007. Cuma yang masih menjadi persoalan adalah sistem dan pesawat jenis manakah yang bakal diperoleh dalam misi untuk menjadikan TUDM sebuah angkatan yang ulung dan moden di rantau Asia.

Pemilikan AEW&C pada amnya bukan sesuatu yang wajib. AEW&C secara ringkasnya berfungsi sebagai sebuah menara amaran dan kawalan yang bergerak untuk menyokong keupayaan pengesanan, koordinasi dan arahan kepada pesawat milik kawan. Pesawat AWACS juga memberi perlindungan kepada pesawat kawan melalui sistem pencegahan elektronik dan meningkatkan jarak pengesanan radar setiap pesawat melalui penyambungan jaringan data (datalink). Pemilikan AEW&C hanyalah sebagai nilai tambah bagi meningkatkan keberkesanan operasi udara dan pemilikannya hanyalah dilihat sebagai suatu pembaziran oleh sesetengah organisasi ketenteraan.

Di rantau Asia Tenggara, hanya RSAF sahaja memiliki pengalaman mengendalikan pesawat AEW&C. Pesawat AEW&C milik RSAF adalah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye buatan Amerika Syarikat. Grumman E-2C Hawkeye dibangunankan sebagai AEW&C yang boleh dioperasikan dari Kapal Pengangkut Pesawat turut dimiliki oleh negara seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Mesir, Perancis, Mexico, Jepun dan Pakistan. Bagaimanapun khidmat 4 unit pesawat Grumman E-2C Hawkeye bakal digantikan dengan 4 unit pesawat Gulfstream G550 yang dipasangkan dengan sistem EL/M-2075 Phalcon buatan Israel menjelang 2010.

Pada tahun 2007, RTAF telah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan untuk memperoleh 1 unit pesawat AEW&C dari jenis Saab 340 yang dipasangkan dengan sistem radar PS-890 Erieye dari Sweden, yang turut dikenali sebagai S-100B Argus. Perolehan pesawat AEW&C dibuat sebagai sebahagian dari program perolehan 6 unit pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen dari syarikat yang sama. Penghantaran pesawat S-100B Argus dijadualkan pada 2010 menjadikan RTAF sebagai angkatan udara ke-2 selepas RSAF memiliki keupayaan AEW&C di rantau Asia Tenggara.

Walaupun belum ada sebarang keputusan, ramai yakin TUDM bakal membuat perolehan pesawat AEW&C dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pemilikan pesawat AEW&C bakal memberi nilai tambah kepada keuapayaan sistem amaran & kawalan serta peninjauan udara TUDM memandangkan TUDM perlu mengawal sempadan udara yang luas merentasi Laut China Selatan.

Tanpa sebarang petunjuk jelas, ramai penganalisis dan pemerhati doktrin ketenteraan yakin bahawa Malaysia bakal memilih sistem radar PS-890 Erieye sebagai sistem AWACS TUDM. Keyakinan di disandarkan atas beberapa faktor yang dilihat oleh ramai penganalisis sebagai penentu kepada sistem AEW&C yang digunakan iaitu :-

  1. Keupayaan kewangan yang dimiliki oleh Malaysia membataskannya untuk memiliki sistem AEW&C lain. Sistem radar PS-890 Erieye bernilai sekitar USD80 juta adalah lebih jimat berbanding sistem lain yang ditawarkan dengan prestasi yang serupa.
  2. Latar belakang negara pengeluar iaitu Sweden yang mengamalkan sikap neutral juga menjadi faktor penentu kepada pemilihan sistem Erieye. Pemilihan sistem Erieye boleh mengelakkan Malaysia daripada menghadapi karenah birokrasi dan sekatan tertentu seperti yang telah dihadapi semasa membuat perolehan misil AIM-120C dari Amerika Syarikat.
  3. Berbanding sistem AEW&C lain, sistem Erieye tidak memerlukan pesawat yang terlalu besar sebagai platform. Sistem Erieye boleh dipasang pada pesawat sekecil Saab 340 hinggalah kepada pesawat yang lebih besar seperti Saab 2000 dan Embraer ERJ-145.
  4. Tempoh penghantaran yang lebih singkat juga memberi nilai tambah kepada pemilihan sistem Erieye. RTAF misalnya hanya perlu menunggu selama 3 tahun dari tarikh pemeteraian kontrak untuk menerima 1 unit S-100B Argus.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kengkangan dari kedua-dua belah pihak dalam merealisasikan perolehan tersebut. Tidak kira sama ada dari pihak Kerajaan Malaysia mahupun syarikat Saab AB dari Sweden perlu mencari penyelesaian jika mahu melihat TUDM mengoperasikan pesawat AWACS menggunakan sistem radar PS-890 Erieye.

Beberapa permasalahan telah diperdebatkan oleh penganalisis sama ada melalui tulisan dalam media cetak mahupun elektronik di seluruh dunia mengenai kesesuaian TUDM mengoperasikan sistem Erieye. Antaranya :-

  1. Doktrin perolehan semasa ATM yang menekankan sesebuah aset sokongan perlu mempunyai nilai tambah kepada operasi ketenteraan di waktu aman (MOOTW). Memandangkan pesawat AEW&C adalah dari jenis tugasan atau fungsi khusus, memungkinkan pemilikannya tidak sejajar dengan doktrin semasa.
  2. Senario kegiatan jenayah yang berlaku di sempadan laut negara seperti penyeludupan, PATI dan lanun mendorong ATM untuk lebih mengutamakan perolehan aset yang mampu digunakan secara bersama antara TDM, TLDM dan TUDM. Ditambah lagi dengan usia pesawat tertentu yang digunakan secara bersama memungkinkan belanjawan bagi mendapatkan pesawat AEW&C akan ditangguhkan. Penggantian aset seperti Beechcraft B200T, Sikorsky S-61N Nuri dan SA-316B Allouette III lebih diperlukan memandangkan peranan dan fungsinya untuk kegunaan bersama.
  3. Pemilikan AEW&C jenis Erieye juga memungkinkan ATM terpaksa berbelanja lebih besar memandangkan TUDM mengoperasikan pelbagai jenis pesawat pejuang dan tempur. Ini memerlukan kerja-kerja tambahan dengan pemasangan dan konfigurasi kepada pesawat sedia ada agar mampu dioperasikan bersama sistem dari Sweden tersebut. Bagi pesawat buatan negara NATO, ianya bukan menjadi masalah besar tetapi kesukaran bakal dihadapi semasa pengubahsuaian terhadap pesawat buatan Russia.
  4. Pemilihan platform kepada sistem Erieye juga menjadi masalah memandangkan sehingga kini platform yang telah dipasang adalah dari pesawat yang tiada dalam inventori ATM. ATM tidak memiliki atau mengoperasikan pesawat dari jenis Saab 340, Saab 2000 mahupun Embraer ERJ-145. Jika ATM terus dengan keputusan untuk memiliki sistem Erieye menggunakan platform sedia ada, dikhuatiri akan menyukarkan penyelenggaraan memandangkan tiada pengalaman berkaitan dengan pesawat tersebut. Namun, ura-ura Saab AB bakal menawarkan sistem Erieye menggunakan platform dari pesawat CASA C-295 buatan Sepanyol memungkinkan peluang cerah TUDM memiliki sistem ini memandangkan pesawat CASA C-295 dibangunkan berasaskan pesawat CASA/IAe CN-235 yang telahpun dioperasikan oleh TUDM.

Apapun keputusannya, setiap perolehan perlulah berasaskan satu kajian terperinci secara menyeluruh dari sudut sumber, peranan, pengoperasian, jangka hayat serta faedah yang mampu diperolehi dari pemilikan sesuatu aset.

Comments
  1. Efren Rogers says:

    Is this used as a quit smoking aid?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s