ANALISIS PEPERANGAN ELEKTRONIK

Posted: February 5, 2010 in MILITARY

*verra-E dalam tentera malaysia

Pada zaman yang serba elektronik in peperangan bukan hanya bergantung kepada sistem persenjataan sahaja tapi senario peperangan moden telah berubah arah kepada satu jenis peperangan

halimunan. Peperangan halimunan ini bererti pesawat atau kapal-kapal perang tidak boleh dikesan oleh radar. Walaubagaimanapun teknik peperangan halimunan ini boleh dipatahkan dengan satu sistem

pengesan gelombang elektronik yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat atau kapal-kapal musuh, untuk pengetahuan pembaca pengesan gelombang elektronik atau lebih dikenaali sebagai VERRA-E ini

bukanlah radar.VERRA-E ini akan mengambil alih tugas radar semasa peperangan elektronik kerana kemungkinan besar sistem radar darat telah dilumpuhkan sepenuhnya. Untuk pemahaman yang lebih

lanjut mengenai peperangan elektronik dan strategi peperangan halimunan ini sila ikuti satu analisis peperangan elektronik antara TENTERA MALAYSIA VS TENTERA SINGAPURA oleh salah

seorang penganlisis pertahanan negara. Untuk maklumam pembaca sekalian hanya satu isu sahaja yang akan membuatkan malaysia dan singapura berperang iaitu isu AIR.

SENARIO
———

1. Beberapa tahun yang akan datang mungkin pada sekitar 2013, Singapura akan mempunyai keupayaan peperangan halimunan yang terunggul di Asia Tenggara apabila pesawat generasi kelima dunia buatan Amerika Syarikat (AS), F35 Joint Strike Fighter akan memasuki inventori Singapore Air Force (SAF).

2. Pada hari ini, keunggulan itu sudah pun dimiliki oleh Singapura melalui pemilikan kapal perang frigate dari jenis Delta yang turut memiliki teknologi halimunan (Stealth) dan mengambil alih kedudukan kapal KD Lekiu dan KD Jebat dari jurnal Jane’s Defence Review sebagai kapal yang tercanggih di rantau ini.

3. Sebagai rakan kongsi dalam pembangunan F35, tidak mustahil republik itu akan memiliki teknologi halimunannya sendiri untuk diterapkan pada pembinaan pesawat-pesawat pengintip robotik Singapura atau UAV.


VERA-E

4. Pada tahun 2007, Malaysia dilaporkan telah membeli sistem sensor peperangan elektronik yang bersifat pasif iaitu VERA-E dari Republik Czech yang dipasang pada pelantar mobil (lori).
(NOTA PENULIS : Oleh kerana bimbang pembelian itu dikaitkan dengan soal kronisme, rasuah dan pembaziran wang rakyat, pembelian itu dirahsiakan…AGAKNYA KOT).

5. Pembelian sistem ini oleh Malaysia hampir tiada langsung dilaporkan oleh media malah, agak sukar untuk mencari maklumat pembelian ini dari internet kerana tahap kerahsiaannya yang tinggi.

6. Kerajaan Malaysia dilaporkan cuba menafikan pembelian VERA-E tetapi media negara ini akhirnya membocorkan maklumat itu kepada awam.

7. Walaupun selepas penyiaran itu dibuat, orbat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri tidak memasukkan sistem itu dalam senarai pemilikan sistem pertahanan Malaysia.

8. Ia tidak pernah dipamerkan…atau dipertunjukkan kepada wartawan, fotonya dengan logo ATM tidak pernah disiarkan, kewujudannya juga cuba dinafikan kecuali satu artikel yang disiarkan oleh Bernama yang kemudian dipetik oleh sebuah akhbar tempatan (tidak ingat di mana artikel itu disiarkan) sebagai satu-satunya bukti bahawa ATM telah memiliki sistem itu.

9. Ramai orang menyangka bahawa VERA-E merupakan sejenis radar, sebenarnya tidak, ia adalah sistem Electronic Support Measures (ESM) (alat untuk peperangan elektronik) yang berbeza fungsinya dengan radar.

10.Sistem yang amat canggih dan kompleks ini turut dibeli oleh Amerika Syarikat, ia merupakan sistem yang terbaik untuk mengesan pesawat-pesawat halimunan malah kemampuan pengesanannya juga sangat jauh, iaitu 450 kilometer.


DI MANA VERA-E

11.Hari ini Vera-E menjadi sebahagian dari Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang berpengkalan di Butterworth tetapi pemilikannya diletakkan di bawah Grup Artilleri Pertahanan Udara (GAPU), Tentera Darat Di Raja Malaysia.

12.Sistem Vera-E dan radar 3D Marconi akan saling melengkapi SPUN untuk menangani sebarang pencerobohan dari udara, satu bersifat pasif dan satu bersifat aktif.

PASIF DAN AKTIF

13.Bayangkan senario peperangan “Pre Emptive Strike” dengan sebuah negara musuh.

14.Sekumpulan lapan pesawat F-35 terbang formasi rapat melalui Laut China Selatan, arahan dikeluarkan dari pesawat peperangan elektronik AWACS atau AEWC.

15.Radar Marconi milik TUDM di Butterworth turut mengesan mereka tetapi terlalu banyak gangguan elektronik dan mereka mungkin merupakan pesawat awam, beberapa detik kemudian blip blip pada skrin radar tiba-tiba hilang seolah-olah pesawat-pesawat terbabit ghaib.

16.Ketua Skuadron pesawat musuh itu, Capt Eric mengarahkan semua pesawat dalam misi serangan mematikan sebarang bentuk hubungan, “radio silence”, tugasan Suppression of Enemy Air Defence (SEAD) dalam Operasi Water Supply No More itu harus dilaksanakan secepat mungkin.

17.2 minit berlalu, operator radar Marconi 3D masih gagal mengenalpasti matlamat pesawat misteri dalam radar beliau malah tidak dapat menduga destinasi pesawat, beliau juga terpaksa memantau pesawat yang lain, trafik udara pada malam itu agak sibuk, salah sebuah negara jiran yang bakal mengisytiharkan peperangan secara rasmi esok itu telah meningkatkan trafik udaranya untuk mengelirukan dan supaya tidak menimbulkan syak wasangka kepada negara jirannya yang lebih besar ini.

18.Pada masa yang sama, operator radar itu tidak menyedari bahawa radar Marconi yang bersifat aktif itu telah mengeluarkan pancaran radiasi yang dikesan oleh sistem elektronik F35 terbabit.

19.Misil AGM-88 Harm (High Speed Anti Radiation Missile) kemudian dilancarkan oleh ketua skuadron pesawat musuh, misil bergerak laju mengikuti pancaran radiasi radar Marconi….11, 12, 13 dan boom, satu letupan besar berlaku memusnahkan sistem radar malang tersebut.

20.Mereka bagaimanapun lupa satu perkara, satu unit mobil Vera-E di Genting Highland sedang memantau mereka secara pasif, sistem elektronik F-35 serba canggih itu gagal mengesan bahawa dirinya sedang diintip oleh Vera-E.

21.Beberapa minit sebelum itu, operator Vera E telah pun menghubungi pengkalan udara Gong Kedak untuk membolehkan juruterbang pesawat Su-30 MKM bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang.

22.Operator Vera E sedang membuat beberapa pengiraan dan analisis mengenai pesawat misteri yang mematikan sistem radar dan hubungan komunikasi itu.

23.Jika begitu keadaan pesawat-pesawat itu, niat mereka jelas tidak baik dan amat buruk sekali jika mereka berjaya memusnahkan pesawat-pesawat TUDM di lantai pengkalan udara Gong Kedak.

24.Vera E mula bekerja, oleh kerana ia bukan radar, sistem itu mula mengesan gelombang-gelombang elektronik pada pesawat misteri tadi, sudah tentu pesawat terbabit ada memancarkan isyarat IFF (sistem untuk mengesan sahabat atau musuh) atau sistem TACAN/DME interrogator (akan memaksa sistem IFF pesawat lain untuk
memberi maklum balas samada mereka musuh atau tidak).

25.Dengan kecanggihan sistem Vera-E, ia sudah dapat mencongak arah dan jangkaan masa pesawat-pesawat musuh itu akan tiba ke pengkalan udara Gong Kedak.

26.Pada masa yang sama, Mig 29 dari pengkalan udara Kuantan dilancarkan untuk memintas pesawat musuh.

27.Hanya beberapa minit sahaja lagi, apabila sebuah misil Beyond Visual Range (AMRAMMSKI R72) dilancarkan dari jarak 70 kilometer oleh Mig 29 mengenai pesawat ketua skuadron musuh.

28.Tembelang mereka sudah pecah…operasi untuk menghancurkan atau meminimalkan kekuatan Su-30 MKM TUDM di pengkalan udara Gong Kedak gagal.

29.Mereka gagal mengulangi kejayaan “Pre Emptive” tentera udara Israel dalam Operasi Focus, 1967 di mana kekuatan udara negara-negara Arab dihancurkan di atas darat sebelum sempat beraksi dalam pertempuran berikutnya.

Comments
  1. Raden Zaki says:

    Singapura memang mempunyai kelengkapan peperangan yang hebat tetapi mereka dalam ketakutan kerana Singapura sedar sistem meriam roket Astross dan meriammedan G15 ATM boleh menjangkau semua sasaran tentera di Singapura.
    Menurut rakan dalam unit artelleri ATM, ATM mempunyai kordinat sasaran tentera di Singapura, dan dijangka serangbalas ATM sebaik sahaja Singapura ceroboh Malaysia adalah Serangan Roket Astross dan Meriam. Lihat Google Earth Singapura.

  2. Raden Zaki says:

    Hidup Malaysia Tanah Airku. Begitu juga selain serangan balas Roket Astross yangboleh memusnahkan sasaran seluas padang bola dan antara sasaran awal ATM apabila Singapura serang Malaysia, semua saluran air ditambak Johor dari loji sewaan Singapura , jambatan kedua dan tambak Johor akan di musnahkan serta merta. malah loji air singapura juga berada dalam jangkauan tembakan Astross II.

    Malah 40 peratus infrastruktur Singapura boleh dimusnahkan tanpa perlu seorang pun tentera Malaysia memasuki Singapura.

    Malah tentera Singapura yang menceroboh akan berkubur di Johor sebelum sempat balik ke Singapura kerana ATM mempunyai plan kecemasan untuk menyerang balas dari selatan .

    ATM akan membiarkan tetumbukan Singapura memasuki Malaysia sebagai perangkap maut dan sebaik sahaja tentera Singapura tiba di titik kordinat tertentu di Johor satu serangbalas dari selatan, kiri dan kanan Johor akan memerangkap tentera Singapura.

    Malah Pulau Batu Putih akan musnah dalam satu siri tembakan Astross dan Jet pejuang Singapura akan terkeliru sasaran tentera ATM kerana sebenarnya Kem Tentera Malaysia mempunyai sistem penyamaran anatara kubu palsu dan kubu sebenar. Malah dipercayai kubu strategi ATM berada bawah tanah diluar Kawasan kem.

  3. ROMARO says:

    berdasarkan pembacaan saya pengetahuan anda berkaitan doktrin, taktik dan ew fundamental serta konsep vera-e amat lemah… hanya mereka yang tahu saja yang memahami…

  4. ROMARO says:

    saya berharap sekiranya anda warganegara yang sayangkan negara takperlulah anda bincangkan hal -hal ketenteraan di dalam internet… kepada bloger yang lain pun sama… kalau anda ingin tunjukkan patriotik anda masuk tentera sumbangkan kemahiran anda dalam IT… musuh nak musnahkan lawannya hanya akan bergantung maklumat dari blog2 seperti anda… so hentikanlah…..

  5. Mate. Questo blog è sorprendente. Come faccio a far sembrare questo bene?

  6. balakong says:

    saya bersetuju dengan pendapat romaro, jika kita sayangkan negara kita jangan bincangkan segala aset atm didalam blog ini kerana musuh sebenarnya sedang mendapatkan maklumat. jadi kita mestilah hentikan segala perbincangan mengenai keselamatan negara di dalam blog….

  7. palap says:

    jgn risau…komen-komen sbgini tidak mberi sbrg maklumat kpd musuh..ape yg dibincangkan kita hari telah difikirkan mereka berpuluh tahun yang lepas..untuk pgetahuan anda semua,segala aset yg logistik dan balastik yg dipamerkan atau diterbitkan dalam akhbar hari ini adalah aset yg telah wujud sejak sekian lama dlm inventori angkatan tentera..maybe beberapa tahun akn dtg kita tahu malaysia akn membeli peluru berpandu..tetapi sedarkan saudara yg sebenarnya peluru berpandu telah lama wujud dlm ATM semenjak tahun 1980-an..

  8. subi haron says:

    kadang2 kekuatan tentera yg dipamerkan memberi mesej kepada musuh supaya berfikir seribu kali sebelum menyerang sebuah negara… sistem astros avibras yg dimiliki sangat2 ditakuti oleh pihak musuh… andainya sistem roket astros avibras berganding dengan sistem roket BM30 smerch buatan rusia yg berpeledak hampir 1000 kg mampu melemahkan kekuatan musuh sekaligus!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s