PERANG KEDUA

Posted: February 6, 2010 in ISU SEMASA

Akhbar Arab Saudi, Al Anbaa’ melaporkan pada Khamis, bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap Hizubullah di Selatan Lubnan. Akhbar tersebut menyatakan, Washington telah melatih untuk persiapan serangan tersebut. Akhbar tersebut menambah lagi, Pegawai Senior US memberitahu wartawan mereka, tentera Israel telah dibahagikan kepada unit latihan khas untuk bersiap sedia jika serangan terhadap Hizbullah diperlukan, terutamanya apabila menyerang pusat serangan Hizbullah di Sungai Litani.

Laporan ini hanya hadir selepas seminggu Sheikh Hassan Nasrallah, Jeneral Hizbullah berkata, Israel mungkin menyerang sumber kekuatan parti tersebut di Selatan Lubnan sebelum musim luruh. Beliau berkata, jika Israel menyerang Selatan Lubnan, para pejuang mereka akan melancarkan roket ke Tel Aviv. Sebelum ini, akhbar Times di London melaporkan pada minggu lepas, mendakwa Hizbullah menghasilkan 40,000 roket dan bahan-bahan mereka berdekatan dengan sempadan Israel. Akhbar tersebut juga melaporkan, para pejuang Hizbullah sedang berlatih cara bagaimana kesesuaian roket tersebut untuk dilancarkan ke Tel Aviv.

Pejuang Hizbullah telah menerima latihan menggunakan peluru perpandu jarak jauh, peluru perpandu dari permukaan ke permukaan, dan peluru perpandu anti-pesawat. Dalam perkembangan sama, PBB dan Israel secara berasingan menyatakan bahawa, Hizbullah semakin bertambah kuat semenjak Perang Kedua Lubnan pada 2006.

.. nampaknya perang kedua akan bermula tak lama lagi .. maka dalam perang ni lah nanti akan menguji keupayaan sebenar orang islam fisabilillah .. 100% pejuang tentera hezbollah tidak pernah meninggalkan solat terutama solat subuh .. itu sebab kenapa israel mula gelisah … kerana peranan pendokong sebenar kemenangan islam adalah menjaga disiplin solat .. doa itu umpama senjata yang amat tajam ..

saya buka sedikit bayangan… maka apabila perang akan bermulalah para mujahid islam seluruh dunia bersedia menampilkan diri dengan cara masing masing dengan kemahiran ilmu yang di anugerahkan Allah S.W.t .. malah apabila solat hajat dibangunkan .. apabila qunut nazilah digunakan .. apabila para muslimin berdoa dengan tangisan .. maka kejayaan umat islam dalam perang ini sudah pasti menyuntik semangat juang para pejuang syahid ..

sebagaimana Gaza yang tidak mempunyai senjata canggih hanya senjata buatan sendiri melalui batang paip dan adunan bom … berbanding dengan yahudi laknatullah .. dengan kecanggihan senjata .. tapi tidak mampu masuk ke Gaza cita hanya setakat 3-400 M sahaja dari sempadan .. para pejuang hanya berbbekalkan 12 biji kurma dan sebotol air bagi setiap pejuang syahid kerana Allah .. Akhirnya Pihak Islam di Gaza menewaskan yahudi yang angkuh dan sombong.

jika kita tidak mampu untuk kesana berjuang .. bolehlah digunakan dengan cara sedekah melalui kewangan ke gaza melalui saluran tertentu .. dan jika tidak mampu juga .. perkara yang paling ringgan tapi amat berat kesannya .. adalah melalui solat tahajud dan qunut nazilah …

maka kuatkanlah diri kita dengan menjaga solat subuh .. dan baca serta hafazlah surah al-kahfi .. kerana bila2 masa sahaja kita akan berdepan dengan Dajjal .. jika kita tak menjaga solat 5 waktu maka iman kita akan terpesong kerana pengaruh dajjal itu amat kuat .. tiada manusia yang mampu membunuhnya melainkan allah turun Nabi Isa A.S .. kelak nabi isa akan memancung kepala babi dan kepala dajjal ..

kita nantikan perang gerila hezbollah menentang musuh islam … insya allah kemenangan pasti berada di pihak Islam ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s