Unimap tawar kursus Sains Polimer

Posted: February 6, 2010 in kampus

KULIM 3 Feb. – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) merancang memperkenalkan pengajian baru peringkat pasca siswazah dalam bidang Sains Polimer bagi memenuhi keperluan pasaran sektor industri berasaskan teknologi tinggi di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, bidang pengajian itu akan dimulakan pada sesi pengajian akan datang bertempat di Anjung Unimap yang beroperasi di Pusat Perniagaan, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini.

Katanya, penawaran kursus tersebut dibuat setelah mengambil kira faktor kewujudan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kebanyakannya tertumpu di kawasan perindustrian KHTP.

“Penawaran kursus di sini membolehkan para pekerja sektor industri merebut peluang menimba ilmu dan pengalaman di samping meningkatkan lagi kemahiran untuk terus maju dalam kerjaya mereka.

“Selain itu, Unimap juga merasakan bahawa kita bertanggungjawab terhadap kerajaan untuk bersama-sama membantu memacu pertumbuhan sektor teknologi tinggi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Anjung Unimap yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di KHTP di sini semalam.

Kamarudin memberitahu, Anjung Kulim yang memulakan operasinya sejak November tahun lalu berperanan sebagai pusat sehenti untuk mendekatkan hubungan antara Unimap dan sektor industri.

“Anjung Unimap ini bakal menawarkan pelbagai peluang latihan, kursus jangka pendek serta jangka panjang khusus untuk pekerja industri,” jelasnya.

Beliau berharap, para pekerja, majikan dan masyarakat sekitar KHTP dapat memanfaat kemudahan yang disediakan pusat sehenti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pusat Pengajian Siswazah Unimap yang dinaik taraf tahun lalu berjaya melahirkan 36 orang lepasan siswazah baru-baru ini.

“Seramai empat orang daripada mereka adalah lulusan Ijazah Doktor Falsafah sementara 32 lagi mendapat Ijazah Sarjana dalam pelbagai bidang,” katanya.

Tambahnya, Unimap turut menjadi pilihan pelajar antarabangsa apabila 68 penuntut dari Indonesia, India, Iraq, Syria, Jordan, Pakistan, Algeria dan Thailand memilih untuk melanjutkan pelajaran di situ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s