kelajuaan internet sehingga 50mbps…kalah jepun kalau macamni….

Posted: February 9, 2010 in ICT

Setelah sekian lama, kini, TIMEdotCom memperkenalkan servis terbaru mereka, iaitu TIME Fibre Broadband, sekaligus menjadi pesaing bagi beberapa penyedia perkhidmatan jalur lebar sedia ada di tanah air kita. Dalam perancangan awal, TIME menyasarkan untuk memperluas liputan jalur lebar mereka sehingga 85% lagi di Lembah Klang.

Ianya dijangka, TIME bakal meliputi lebih 85% kawasan di Lembah Klang menjelang suku kedua tahun hadapan, 2011. Melalui TIME Fibre Broadband, mereka membawakan akses internet berkelajuan tinggi, menawarkan kelajuan sehingga 50 megabit sesaat. Buat masa ini, para penduduk di Mont Kiara sudah boleh menikmati liputan TIME Fibre Broadband ini.

Liputan kawasan perkhidmatan akan diperluaskan secara berperingkat dan mengikut fasa, dan sebagai sasaran awal, TIME menyasarkan sehingga 20% pengguna di kawasan yang diliputi bakal menggunakan perkhidmatan mereka.

TIME Fibre Broadband kini ditawarkan pada harga antara RM149 hingga RM349 mengikut pakej perkhidmatan yang menawarkan kelajuan antara 2MBps hingga 10Mbps. Walaubagaimanapun, menurut TIME, para pengguna boleh mengalami kelajuan tambahan sehingga 50Mbps atas permintaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s