MALAYSIA TAK BERMAKNA TANPA MELAYU,MELAYU TAK BERHARGA TANPA ISLAM..

Posted: February 9, 2010 in pedoman


Salam kepada pembaca sekalian, pada kali ini saya ingin mengupas sedikit tentang masyarakat melayu dan malaysia.

Melayu, seperti pembaca sendiri sedia maklum bahawa melayu adalah tuan atau rakyat asal di tanah melayu ini di mana melayu dan bumiputera yang lain diberi hak-hak keistimewaan tersendiri sebagai hak ketuanan.

Hak-hak seperti ini menjadi tanggungjawab bagi raja-raja melayu yang mana pada masa kini kurang dihormati malah dibenci bagi sebilangan rakyat. Kalau dilihat dari dulu hak-hak ketuanan melayu kekal terjaga rapi dan tidak dipersoalkan oleh kaum –kaum bukan bumiputera di malaysia ini tetapi pada masa kini satu demi satu hak- hak ketuanan melayu dicabul dan dipermainkan .

Sebagai contoh isu terbaru yang heboh dan agak serius seolah-olah peristiwa 13 Mei  berlaku kembali. Jika kita melihat isu penggunaan nama ALLAH yang boleh digunakan oleh agama kristian pada masa kini yang mana kerajaan pimpinan najib tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya dapat mengutuk pihak-pihak yang membakar gereja-gereja dan surau-surau di malaysia.

Adakah ini menunjukkan kebijaksanaan seorang pemimpin?pernakah anda terfikir sebagai negara yang islam adalah agama rasminya tetapi statusnya boleh dipermainkan dan dicabul oleh agama lain. Jika diikutkan sebagai negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi negara, sepatutnya islamlah patut diutamakan dan diambil kira terlebih dahulu.Tetapi itu tidak berlaku kenapa? Dengan mudah pertubuhan kristian di malaysia memenangi kes tuntuan tersebut. Tahukah anda di mana kes tersebut dibacarakan? jawapannya ialah di sabah dimana pusat bagi agama kristian di malaysia.

Dan tujuan sebenar kristian ingin menggunakan nama ALLAH dalam agama mereka adalah untuk mengkafirkan mualaf-mualaf yang ada di sabah sarawak serta orang asli. Apabila nama ALLAH disebut semasa sesi berdakwah dan ini akan mengkelirukan golongan-golongan mualaf dan etnik-etnik yang masih percaya kepada agama nenek moyang mereka. Apa yang kelirukan mereka?mereksa akan diberitahu bahawa kristian juga mempuyai ALLAH seperti  islam tetapi bezanya jika memilih ALLAH islam, mereka tidak boleh minum arak tetapi sebaliknya bagi ALLAH kristian. Jadi secara teorinya etnik-etnik di sabah,sarawak dan juga orang asli tidak mahu meninggalkan amalan atau cara hidup lama mereka tapi mereka mahu menyembah ALLAH. Oleh itu secara tidak langsung mereka akan memilih kristian. Mereka memikirkan ALLAH islam dan kristian itu adalah sama , tetapi dengan memeluk kristian mereka masih boleh menyembah ALLAH dan mempunyai lebih kebebasan dari islam.

Kenapa isu ini tidak dapat dihentikan olah kerajaan pimpinanan najib? Jawapan mudah sahaja, iaitu kerajaan kita terperangkap dengan agenda 1malaysia. Apabila disebut 1malaysia ini bermaksud semua kaum sama rata dan tiada dua tiada tiga hanya satu sahaja.

Jadi apabila satu malaysia diwujudkan sehinggakan F1 pun diberi nama 1malaysia hanya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa malaysia ini hanya satu sahaja. Tapi adakah anda semua nampak dan sedar dengan wujudnya 1malaysia dan satu dunia tahu tentang 1malaysia hak-hak ketuanan melayu semakin terhakis sehinggakan tidak dapat mempertahankan isu-isu yang menggugat status agama rasmi malaysia. 1malaysia adalah umpama racun lembut yang menyusup masuk ke malaysia.

Cuba anda fikirkan apakah konsep 1malaysia yang betul-betul memberi manfaat kepada negara?Yang saya tahu pemimpin kita terperangkap dalam 1malaysia itu sendiri. Perangkap yang dibina memakan diri sendiri. Malaysia bukan lagi melayu dan bukan lagi islam sebagai agama rasminya secara pasif.

Melayu semakin hari semakin lemah semakin hanyut,  semakin lalai dan semakin lupa akan sejarah. Kalau dulu melayu adalah satu bangsa yang agak hebat di dunia dikenali dan mempunyai empayar dari sumatera hingga ke selatan thailand. Melayu juga antara bangasa yang berjaya mengekalkan warisan kesultanan melayu sehingga hari ini sedangkan china yang mempunyai berjuta-juta rakyat tidak dapat mempertahankan walau seorang maharaja meraka yang dikenali dengan kehebatan dinasti-dinastinya.

Kenapa ini semua berlaku?adakah institusi beraja itu penting?sehinggakan wujud organisasi sulit untuk menghancurkanya. Di malaysia hanya negeri melaka sahaja yang tidak dapat mempertahankan warisan tersebut tetapi keturunana mereka masih boleh dilihat di institusi beraja di perak dan johor.

Kenapa institusi beraja diancam oleh sesetengah pihak? Ini kerana untuk menghancurkan bangsa melayu mereka terlebih dahalu perlu menghancurkan institusi beraja. Memandangkan institusi beraja pada masa kini tidak mempunyai kuasa mutlak dan kuasanya hanya untuk menjaga kepentingan tertentu ini memudahkan kerja mereka iaitu dengan merosakkan agama orang melayu iaitu agama islam dengan memberi seribu satu keseronkan,hiburan,kelalaian dan kelupaan kepada orang islam.

Ini memang terjadi di sekeliling kita. Cuba lihat sahaja anak menteri mana yang tidak mengenali arak, kelab dan semua kelalaian dunia ini. Sedikit demi sedikit budaya –budaya seperti ini menyusup kedalam kancah hidup orang melayu khususnya anak-anak muda.

Tetapi melayu belum runtuh sepenuhnya ini kerana simbol yang menjaga asas pegangan bagi orang melayu masih kekal walaupun tidak berkuasa seperti dulu tetapi masih boleh mengawal keadaan. Tidak seperti selatan thailand,filipina yang mana orang melayu selalu ditindas tanpa sebarang pembelaan. Dan islam dalam diri orang melayu di negara tersebut juga semakin berkurang kerana kurangnya pembelaan dan pendidikan tentang islam kepada orang melayu di sana, ini kerana mereka disekat dan dihalang dan tidak dibenarkan bersuara. untuk pengetahuan pembaca sekalian sesungguhnya suara orang melayu hanya didengari dari malaysia sahaja walaupun melayu ada di setiap pelusuk asia tenggara.

Tahulah pembaca sekalian bila runtuhnya islam dalam diri orang melayu maka kata-kata keramat HANG TUAH tidak lagi laku bahkan kemungikinan malaysia bukan lagi melayu. Jika kita lihat ahli-ahli parlimen pada masa sekarang betapa ramai kaum bukan bumiputera  yang lantang bersuara  di dalamnya? Dan adakah jumlah mereka ini semakin berkurang atau semakin bertambah? Bagaimana sekiranya mereka semakin bertambah? dan apakah nasib orang melayu yang semakin keliru serta berpecah belah dan tersepit di antara harimau dan gajah. Kesemua parti politik yang ada di malaysia hancur dan tidak jujur.

Umno hanya cantik di luar tetapi rosak di dalam. Segala macam korupsi dan politik wang berterusan dan isu-isu disiplin yang terjadi dalam wakil-wakil umno. Kepercayaan rakyat terhadap umno juga sudah kurang.walaupun hanya UMNO satu-satunyaparti politik yang memperjuangkan nasib orang melayu. Tetapi disebabkan dalaman UMNO itu sendiri adanya kanser maka rakyat pun muak dan bosan.

PKR yang dipimpin oleh DSAI yang merupakan ahli politik yang mempunyai aura yang sangat hebat dan dilihat sebagai bakal perdana menteri baru dan akan membawa satu perubahan besar kepada malaysia. Perubahan yang macam mana, saya tidak tahu. DSAI yang secara terus terang merupakan seoarang propaganda US  dan mendapat sokongan terus daripada US secara luar dan dalam. Dan yang terbaru US mengeluarkan senarai 10 pemimpin dunia terhebat dan DSAI diantara yang tersenarai di dalam TOP 10 tersebut . Ini adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat-rakyat malaysia  bahawa betapa bagusnya DSAI, secara langsung menaikkan populariti DSAI. Cuba anda fikirkan jika suatu hari DSAI menang lantas menjadi perdana menteri dan siapa yang akan berada di belakang dan menjadi tangan besar?

Sedarlah melayu bahawa anda adalah bangsa yang diperhati sekian lama untuk dihancurkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s