Perosak Kunci ‘The Kingdom of Heaven’

Posted: April 9, 2010 in Uncategorized

  • SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi.Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.
  • Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.
  • Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous” (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.
  • Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.
  • Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang setia.
  • Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.

  • “And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches”

  • (Acts 15:39-41)
  • Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.
  • Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya bertentangan dengan ajaran Jesus.
  • Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s