Archive for the ‘MILITARY’ Category

MAMPUKAH TUDM HADAPI ANCAMAN UDARA

Posted: January 27, 2011 in MILITARY

KITA BUKAN NEGARA YANG TERKUAT, TENTERA UDARA KITA KECIL, TETAPI KITA MENGEMBLENG SETIAP SUMBER KITA DARI TENAGA INSANI SEHINGGALAH KELEBIHAN ALAM KITA

1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri
dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah  F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit
perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).

6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka  terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

 

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.

9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.

11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.

12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.

17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.

18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah  mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.

20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.

22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

KEUPAYAAN PESAWAT

24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara dari sudut 1 versus 1 pesawat

25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga pesawat lawannya.

26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri

27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).

28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16 Singapura dan yang terkini, F-15G.

29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar, memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.

30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan impak yang besar.

31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.

32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan dua).

33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi pertempuran udara atau maritim.

34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya 10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im wrong).

PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA JURUTERBANG

35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam dengan menggunakan skil juruterbang tetapi
memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di Beka Valley.

36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat terbang dan sifar pada pihak Israel

37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew mempersiapkan pesawat.

38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30 malahan sejak dari awal 90an lagi,
F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)

39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.

40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara tiba-tiba.

41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.

42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang diterbangkan mereka

43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.

44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.

45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak mahulah mereka terhempas akibat tekanan G
yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura mampu menahan sehingga 9G.

46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan TNI-AU.

PRE EMPTIVE STRIKE

47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).

48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan, minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket Astros milik ATM, bagaimana?

49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira, jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue (CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).

50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.

51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan  keperluan pertahanan negara ini

52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D

53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011 hingga 2015).

54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400 pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16 dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40 pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat penyerang/pengebom (attack/strike).

55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).

credit to military of malaysia.

KILANG KERETA PERISAI DI RUSIA

Posted: November 15, 2010 in MILITARY

Armed Vehicles Factory 1

salah sebuah kilang mega di rusia  yang menghasilkan kereta perisai. Anda boleh boleh lihat macammana kereta perisai baru yang dibuat  diuji untuk kegunaan dalam air.



Armed Vehicles Factory 2

 

Armed Vehicles Factory 3

Armed Vehicles Factory 4

Armed Vehicles Factory 5

Armed Vehicles Factory 6

Armed Vehicles Factory 7

Armed Vehicles Factory 8

Armed Vehicles Factory 9

Armed Vehicles Factory 10

Armed Vehicles Factory 11

Armed Vehicles Factory 12

Armed Vehicles Factory 13

Armed Vehicles Factory 14

Armed Vehicles Factory 15

Armed Vehicles Factory 16

Armed Vehicles Factory 17

Armed Vehicles Factory 18

Armed Vehicles Factory 19

Armed Vehicles Factory 20

Armed Vehicles Factory 21

Armed Vehicles Factory 22

Armed Vehicles Factory 23

Armed Vehicles Factory 24

Armed Vehicles Factory 25

Armed Vehicles Factory 26

Armed Vehicles Factory 27

Armed Vehicles Factory 28

Armed Vehicles Factory 29

Armed Vehicles Factory 30

Armed Vehicles Factory 31

Armed Vehicles Factory 32

Armed Vehicles Factory 33

Armed Vehicles Factory 34

Armed Vehicles Factory 35

Armed Vehicles Factory 36

Armed Vehicles Factory 37

Armed Vehicles Factory 38

Armed Vehicles Factory 39

Armed Vehicles Factory 40

Armed Vehicles Factory 41

Armed Vehicles Factory 42

Armed Vehicles Factory 43

Armed Vehicles Factory 44

Armed Vehicles Factory 45

Armed Vehicles Factory 46

Armed Vehicles Factory 47

Armed Vehicles Factory 48

Armed Vehicles Factory 49

Armed Vehicles Factory 50

Armed Vehicles Factory 51

Armed Vehicles Factory 52

Armed Vehicles Factory 53

Armed Vehicles Factory 54

Armed Vehicles Factory 55

Armed Vehicles Factory 56

Armed Vehicles Factory 57

Armed Vehicles Factory 58

Armed Vehicles Factory 59

Armed Vehicles Factory 60

Armed Vehicles Factory 61

Armed Vehicles Factory 62

Armed Vehicles Factory 63

Armed Vehicles Factory 64

Armed Vehicles Factory 65

Armed Vehicles Factory 66

Armed Vehicles Factory 67

Armed Vehicles Factory 68

Armed Vehicles Factory 69

Armed Vehicles Factory 70

Armed Vehicles Factory 71

Armed Vehicles Factory 72

Armed Vehicles Factory 73

Armed Vehicles Factory 74

Armed Vehicles Factory 75

Armed Vehicles Factory 76

via e-x-i-l-e

penilaian thailand terhadap aset ATM

Posted: October 28, 2010 in MILITARY







vietnam vs amerika

Posted: July 29, 2010 in MILITARY

aku baru je tonton filem “we were soldier”. filem ni filem lama dah, cerita dia berkisarkan perang antara vietnam dengan us.  Tapi yang tak bestnya us berlagak macam dia yang victory. macam dalam satu babak tu ada wartawan tanya seorang kolonel ” colonel more what is the key to  your victory? “..nampak sangat us nak semua orang tahu yang us menang dan tak pernah kalah dalam mana2 perang. tapi hakikatnya us  tidak seperti mana2 filem,tak kira la perang vietnam, jerman atau perang apa2 sekalipun us tetap membuat filem kemenangan..  so aku ada jumpa satu artikel tentang perang vietnam dan macammana vietnam boleh menang lawan us walaupun us mempunyai teknologi perang lebih canggih dari vietnam. walaupun benda ni agak lapuk tetapi masih ada yang tak tahu kebenaran, kepada sesiapa yang tak tahu bolehlah baca…PEACE OUT!!

Cu Chi amat dibanggakan orang Vietnam. Terowongan tikus ini menjadi simbol kejayaan dan kemenangan mereka atas Perancis, Pemerintah Vietnam Selatan, juga Amerika Serikat.

Tak ada senjata hebat yang dimiliki Vietnam semasa perang. Kunci terbesar kemenangan mereka justru ada pada terowongan tersebut. Ini juga menjadi simbol frustrasi dan kekalahan Amerika dalam perang Vietnam.

Cu Chi merupakan nama terowongan bawah tanah yang digali orang Vietnam semasa perang. Terowongan itu awalnya dibuat pada masa penjajahan Perancis. Perancis sendiri mulai menjajah Vietnam pada 1859. Pada 1941, mereka sempat menyingkir karena diusir Jepang. Namun, setelah kekalahan Jepang, Perancis kembali lagi. Sementara itu, Viet Minh (gerakan kemerdekaan) pimpinan Ho Chi Minh sudah menguasai Vietnam Utara dan melakukan perlawanan.

Perang ini sampai 1954. Semasa itu, Perancis yang menguasai Vietnam Selatan melakukan kerja paksa. “Rakyat Vietnam seperti menghadapi buah simalakama. Menuruti kerja paksa akhirnya mati, menolak juga mati. Tapi, mereka sebagian besar akhirnya memilih menolak dan sembunyi. Maka, dibuatlah terowongan untuk bersembunyi dari Perancis dan kerja paksa,” ungkap Hung Tran yang ayahnya tentara Vietnam.

Setelah perang Viet Minh dan Perancis berakhir pada 1954, Amerika Serikat (AS) muncul. Mereka mendukung Perancis dan Pemerintah Vietnam Selatan yang republik. Maka, terowongan itu diperluas lagi oleh orang Vietnam, terutama yang prokomunis atau pemerintahan Vietnam Utara.

Perang lawan AS semakin panas. Terowongan itu pun terus diperpanjang sebagai markas dan benteng Vietnam pro-Hanoi (Viet Minh). Karena perang terus berlangsung, maka terowongan juga terus diperluas dan diperpanjang, terutama pada 1966-1968, sampai akhirnya mencapai 250 kilometer. Sungguh luar biasa. Apalagi, di dalamnya hidup sekitar 10.000 orang Vietnam, tentara, dan keluarganya. Sebab, hanya dengan demikian, mereka lebih aman dari kejaran AS.

Terowongan ini tak hanya panjang, tetapi juga dirancang sangat bagus dan strategis. Berpusat di daerah Cu Chi, Hoj Non, sekitar 70 kilometer di luar Kota Ho Chi Minh (Saigon), Cu Chi memiliki tiga saf. Saf pertama bertinggi 3 meter, saf kedua 6 meter, dan saf ketiga 10 meter. Banyak area yang menjadi tempat tinggal. Untuk menghubungkannya, dibuat terowongan kecil yang hanya bisa dilewati secara jongkok oleh orang-orang kecil seperti orang Vietnam.

Di terowongan ini terdapat rumah sakit untuk merawat yang sakit, dapur, tempat sekolah, juga tempat membuat senjata. Tentara, wanita, dan anak-anak hidup di sini selama perang lawan AS.

Jangan harap mudah menemukan tempat ini. Kalaupun bisa, paling hanya sebagian dan akan kehilangan bagian lainnya. Sebab, terowongan ini dibuat dengan pintu masuk amat kecil, hanya cukup untuk ukuran orang Vietnam yang kecil. Memang ada pintu-pintu cukup besar, tetapi sangat tersembunyi dan dijaga ketat.

“Setiap sektor di terowongan dipimpin oleh empat orang. Mereka hanya menguasai sektornya saja. Dengan demikian, jika tertangkap, mereka tak bisa menjelaskan bagian lainnya. Hanya para pimpinan yang tahu detail peta terowongan bawah tanah itu,” papar Hung.

Setiap ruang di terowongan itu juga hanya dihubungkan terowongan amat kecil. Hanya bisa dilewati dengan cara jongkok. Bagi orang Vietnam yang dulu kecil-kecil, ini amat mudah. Bagi tentara AS yang besar dan tinggi, mereka jelas kesulitan, bahkan tak bisa masuk.

AS amat kesulitan mencari dan mengatasi perlawanan Vietnam. Terowongan itu sering dibuat sampai ke bawah markas AS. Mereka muncul, senantiasa membuat teror. Oleh karena itu, tentara AS tak pernah dibuat aman.

Beberapa kali AS berusaha menemukan dan menghancurkan terowongan ini, tetapi tak pernah berhasil. Padahal, AS sampai mengeluarkan senjata-senjata berat berupa bom-bom besar.

“Terowongan ini dibuat dengan pertimbangan dan desain yang bagus. Mungkin AS bisa mengebom, tapi hanya bisa merusak lapisan atas. Lapisan lainnya tetap aman. Bahkan, AS pernah memasukkan zat kimia, tapi tetap saja gagal masuk ke bagian paling vital,” ungkap Hung.

Maka, AS tak pernah sukses melawan Vietnam. Bahkan, beberapa kali mereka terjebak oleh senjata-senjata rahasia Vietnam yang sederhana, tetapi berdampak besar. Bahkan, tank-tank AS pun sering bisa dilumpuhkan.

Selama AS berada di Vietnam, Vietkong (orang Vietnam yang membela Vietnam Utara pro kemerdekaan) berada di terowongan itu, terutama Vietkong yang berada di Vietnam Selatan. Terowongan ini menjadi basis perlawanan terhadap AS. Jadi, AS harus menghadapi Vietkong dari terowongan, juga dari Vietnam Utara.

Satu-satunya jalan agar selamat memang tetap tinggal di terowongan itu. Adapun makan-minum dan kebutuhan lain disuplai oleh para Vietkong yang menyamar. Selain itu, jika malam hari, sebagian keluar mencari makanan dan mencari senjata. Mereka juga punya tempat kerja untuk membuat senjata-senjata sederhana.

Dari hari ke hari, Vietkong yang tinggal di terowongan itu makin banyak. Bahkan, puncaknya mencapai 10.000 orang, baik tentara gerilyawan, wanita, dan anak-anak. Terowongan itu juga dilengkapi lubang udara yang rapi dan bisa masuk secara menyeluruh. Sebagian lubang udara terdapat di gundukan tanah yang dibuat menyerupai sarang semut. Selain itu, lubang juga ada di bawah pohon-pohon yang tertutup akar.

Akhirnya, pada 1975, AS menyerah dan memutuskan kembali ke negaranya. Vietnam pun merdeka, dan Vietkong yang hidup di terowongan pun keluar merayakan kemenangan itu.

Baru tahun 1975 itu pula Vietkong yang tinggal di bawah tanah keluar secara bebas. Artinya, mereka hidup di bawah tanah sekitar 20 tahun. Sebuah rekor luar biasa. Ini berkat desain Cu Chi yang sangat bagus dan mengagumkan.

Terowongan Cu Chi pun kini dirawat oleh Pemerintah Vietnam. Sebab, ini menjadi simbol kemenangan mereka atas AS, sumber sekaligus simbol frustrasi dan kekalahan AS. Saat ini, Cu Chi justru menjadi obyek wisata yang menarik.

Sebagai tempat komunitas Vietkong, terowongan Cu Chi memiliki banyak kisah. Salah satunya seorang ibu terpaksa membunuh anak sendiri di terowongan itu.

Sepanjang Perang Vietnam antara tahun 1955 sampai 1975, Amerika Serikat (AS) selalu disulitkan oleh pola gerilya Vietkong. Sebab, mereka selalu bersembunyi di terowongan yang tak mungkin bisa dikejar tentara AS.

Namun, tentara AS selalu berusaha menemukan terowongan demi terowongan, kemudian dihancurkan dengan bom. Beberapa kali, tentara AS memang berhasil menemukan dan sukses menghancurkannya. Namun, ternyata itu hanya sebagian kecil dari 250 kilometer terowongan yang dibuat Vietkong.

“Tentara AS hanya mampu menghancurkan lapisan pertama terowongan itu. Selebihnya, mereka tak bisa menjangkau lapisan atau bagian lain. Sebab, AS benar-benar buta tentang peta terowongan itu,” ungkap Hung Tran, seorang pengusaha wisata yang ayahnya tentara Vietnam.

Namun, tak jarang pula bom yang diledakkan AS di sekitar terowongan cukup mematikan puluhan, bahkan ratusan Vietkong dan keluarganya. Namun, hanya wilayah itu yang hancur, tak sampai merambah wilayah lain. Sebab, terowongan itu sangat panjang dan luas.

Suatu hari, AS mengerahkan pasukan terbesarnya untuk mencari dan menghancurkan terowongan Vietkong. Rupanya, ini juga diketahui para Vietkong sehingga mereka tetap bersembunyi di ruang-ruang bawah tanah.

Di salah satu sektor ruang bawah tanah, ada seorang ibu yang akan melahirkan. Ibu tersebut bernama Lny. Sementara itu, tentara AS tepat berada di atas mereka.

Karena sudah saatnya, anak itu terlahir pula. Seperti halnya bayi yang baru lahir, anak itu pasti menangis. Namun, sebelum anak itu bisa mengeluarkan suara, Lny memencet hidungnya agar tak menangis, sampai meninggal dunia.

“Ini dia lakukan sebagai bentuk pengorbanan kepada negara dan komunitas Vietkong. Sebab, jika anak itu sampai menangis, maka tentara AS di atasnya akan mendengar sehingga sektor itu bisa dihancurkan dan akan ada puluhan atau bahkan ratusan korban jiwa,” cerita Nhi Nguyen, wanita asal Mekong.

Bayi Lny meninggal, tetapi komunitas Vietkong di sektor itu selamat. Sebab, tentara AS tak menemukannya. Lny sendiri, setelah sehat, akhirnya memutuskan menjadi tentara wanita melawan AS.

Di Vietnam banyak ditemukan orang cacat sejak lahir, karena pengaruh zat kimia tinggalan senjata tentara Amerika Serikat

Namun, setelah merdeka pada 1975, dia tak bisa ikut merasakan kebahagiaan seperti orang Vietnam lainnya. Sebab, Lny menjadi gila karena merasa berdosa kepada anaknya dan sangat kehilangan.

“Lny ke mana-mana membawa boneka dan sering menangis. Namun, Pemerintah Vietnam merawat dan menghidupinya, juga menganggapnya sebagai salah satu pahlawan,” cerita Nhi.

Tak hanya itu kisah sedih seputar Cu Chi. Saking kesulitan dan mangkelnya, AS sering menyerang membabi buta ke wilayah-wilayah terowongan. Bahkan, ditengarai mereka juga menggunakan zat kimia.

“Efek zat kimia sangat luar biasa. Sampai perang usai, masih berdampak karena sudah merasuk ke udara, air, dan tanaman,” timpal Hung Tran.

Karena itu, di wilayah Cu Chi akhirnya banyak anak yang lahir dalam keadaan cacat. Ini karena pengaruh sisa-sisa zat kimia dari senjata AS.

“Pemerintah Vietnam menyediakan fasilitas pendidikan buat mereka dan menjamin penghidupannya. Yang bisa diajarkan untuk mandiri diberi berbagai pendidikan dan keterampilan sehingga nanti bisa mandir. Sementara itu, yang tak bisa mandiri dipelihara oleh negara,” terang Nhi.

Orang-orang Amerika sendiri kini sering berkunjung ke Vietnam untuk berwisata. Mereka kadang mengunjungi orang-orang yang terlahir cacat akibat kimia tinggalan AS tersebut.

“Banyak orang Amerika yang sampai menangis sedih menyaksikan akibat dari serangan mereka pada masa perang. Mereka kemudian meminta maaf,” ungkap Hung.

1. Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, malahan lebih hebat dari kebanyakkan ibunegara dunia yang pernah saya kunjung. Jika ada yang lebih hebat, saya undi Jakarta…saya suka Jakarta.

2. Saya bukan bercerita tentang kecanggihan bangunan tetapi kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat  selamat “safe house”, yang penting sekali untuk masuk ke Malaysia, anda tidak perlu menggunakan visa.

3. Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang. Itu pun sebenarnya orang tidak ambil peduli.

4. Selamat datang ke Kuala Lumpur, belajarlah bermain Counter Strike di sini.

5. Dahulu semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

6. Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

7. Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

8. Di antara tahun 1997-2000, kalau tidak silap saya pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

9. Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel  melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

10.Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke???) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

11.Kisah tangkapan lelaki ini  diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang saya tidak menyimpan keratan kejadian itu.

12.Sebelum itu Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur,  Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

13. Pada tahun 2000,  di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap saya, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun. Selepas disiasat Tengku Don ini merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM  (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya…entahlah, mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

14.Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

15.Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali saya mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

16.Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

17.Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadi ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

18.Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betulke??? tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

19.Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

20.Ok kita lupakan data-data di atas, sebenarnya macam-macam kumpulan ada dalam Malaysia ini, dahulu saya pernah jumpa pejuang-pejuang GAM semasa saya berada dalam tingkatan enam dan bekerja di kawasan limbungan kapal Sembawang, Johor Bahru (saya bekerja tukang buat air) kat kantin makcik saya di Sime Sembawang.

21.Ada dua orang yang menjadi kawan baik saya, dua-dua bagaimanapun saya sudah lupa namanya tetapi mereka memakai kad pengenalan yang mempunyai lambang bendera hijau dengan simbol bulan serta bintang.

22.Dalam kad itu, tertera pekerjaan mereka sebagai : Pejuang.

23.Saya masih ingat dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

24.Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

25.Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, den pun tak tahu.

26.Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur ini boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

27.Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

28.Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

29.Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

30.Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan, sekarang ia sibuk dengan pembina kem transit yang baru.

31.Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

SEKIAN SAHAJA SEDIKIT FAKTA YANG SAYA TAHU…ADA LEBIH, TAPI TAK BERANI LETAK NANTI SAYA KENA OSA.

ANALISIS PEPERANGAN ELEKTRONIK

Posted: February 5, 2010 in MILITARY

*verra-E dalam tentera malaysia

Pada zaman yang serba elektronik in peperangan bukan hanya bergantung kepada sistem persenjataan sahaja tapi senario peperangan moden telah berubah arah kepada satu jenis peperangan

halimunan. Peperangan halimunan ini bererti pesawat atau kapal-kapal perang tidak boleh dikesan oleh radar. Walaubagaimanapun teknik peperangan halimunan ini boleh dipatahkan dengan satu sistem

pengesan gelombang elektronik yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat atau kapal-kapal musuh, untuk pengetahuan pembaca pengesan gelombang elektronik atau lebih dikenaali sebagai VERRA-E ini

bukanlah radar.VERRA-E ini akan mengambil alih tugas radar semasa peperangan elektronik kerana kemungkinan besar sistem radar darat telah dilumpuhkan sepenuhnya. Untuk pemahaman yang lebih

lanjut mengenai peperangan elektronik dan strategi peperangan halimunan ini sila ikuti satu analisis peperangan elektronik antara TENTERA MALAYSIA VS TENTERA SINGAPURA oleh salah

seorang penganlisis pertahanan negara. Untuk maklumam pembaca sekalian hanya satu isu sahaja yang akan membuatkan malaysia dan singapura berperang iaitu isu AIR.

SENARIO
———

1. Beberapa tahun yang akan datang mungkin pada sekitar 2013, Singapura akan mempunyai keupayaan peperangan halimunan yang terunggul di Asia Tenggara apabila pesawat generasi kelima dunia buatan Amerika Syarikat (AS), F35 Joint Strike Fighter akan memasuki inventori Singapore Air Force (SAF).

2. Pada hari ini, keunggulan itu sudah pun dimiliki oleh Singapura melalui pemilikan kapal perang frigate dari jenis Delta yang turut memiliki teknologi halimunan (Stealth) dan mengambil alih kedudukan kapal KD Lekiu dan KD Jebat dari jurnal Jane’s Defence Review sebagai kapal yang tercanggih di rantau ini.

3. Sebagai rakan kongsi dalam pembangunan F35, tidak mustahil republik itu akan memiliki teknologi halimunannya sendiri untuk diterapkan pada pembinaan pesawat-pesawat pengintip robotik Singapura atau UAV.


VERA-E

4. Pada tahun 2007, Malaysia dilaporkan telah membeli sistem sensor peperangan elektronik yang bersifat pasif iaitu VERA-E dari Republik Czech yang dipasang pada pelantar mobil (lori).
(NOTA PENULIS : Oleh kerana bimbang pembelian itu dikaitkan dengan soal kronisme, rasuah dan pembaziran wang rakyat, pembelian itu dirahsiakan…AGAKNYA KOT).

5. Pembelian sistem ini oleh Malaysia hampir tiada langsung dilaporkan oleh media malah, agak sukar untuk mencari maklumat pembelian ini dari internet kerana tahap kerahsiaannya yang tinggi.

6. Kerajaan Malaysia dilaporkan cuba menafikan pembelian VERA-E tetapi media negara ini akhirnya membocorkan maklumat itu kepada awam.

7. Walaupun selepas penyiaran itu dibuat, orbat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri tidak memasukkan sistem itu dalam senarai pemilikan sistem pertahanan Malaysia.

8. Ia tidak pernah dipamerkan…atau dipertunjukkan kepada wartawan, fotonya dengan logo ATM tidak pernah disiarkan, kewujudannya juga cuba dinafikan kecuali satu artikel yang disiarkan oleh Bernama yang kemudian dipetik oleh sebuah akhbar tempatan (tidak ingat di mana artikel itu disiarkan) sebagai satu-satunya bukti bahawa ATM telah memiliki sistem itu.

9. Ramai orang menyangka bahawa VERA-E merupakan sejenis radar, sebenarnya tidak, ia adalah sistem Electronic Support Measures (ESM) (alat untuk peperangan elektronik) yang berbeza fungsinya dengan radar.

10.Sistem yang amat canggih dan kompleks ini turut dibeli oleh Amerika Syarikat, ia merupakan sistem yang terbaik untuk mengesan pesawat-pesawat halimunan malah kemampuan pengesanannya juga sangat jauh, iaitu 450 kilometer.


DI MANA VERA-E

11.Hari ini Vera-E menjadi sebahagian dari Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang berpengkalan di Butterworth tetapi pemilikannya diletakkan di bawah Grup Artilleri Pertahanan Udara (GAPU), Tentera Darat Di Raja Malaysia.

12.Sistem Vera-E dan radar 3D Marconi akan saling melengkapi SPUN untuk menangani sebarang pencerobohan dari udara, satu bersifat pasif dan satu bersifat aktif.

PASIF DAN AKTIF

13.Bayangkan senario peperangan “Pre Emptive Strike” dengan sebuah negara musuh.

14.Sekumpulan lapan pesawat F-35 terbang formasi rapat melalui Laut China Selatan, arahan dikeluarkan dari pesawat peperangan elektronik AWACS atau AEWC.

15.Radar Marconi milik TUDM di Butterworth turut mengesan mereka tetapi terlalu banyak gangguan elektronik dan mereka mungkin merupakan pesawat awam, beberapa detik kemudian blip blip pada skrin radar tiba-tiba hilang seolah-olah pesawat-pesawat terbabit ghaib.

16.Ketua Skuadron pesawat musuh itu, Capt Eric mengarahkan semua pesawat dalam misi serangan mematikan sebarang bentuk hubungan, “radio silence”, tugasan Suppression of Enemy Air Defence (SEAD) dalam Operasi Water Supply No More itu harus dilaksanakan secepat mungkin.

17.2 minit berlalu, operator radar Marconi 3D masih gagal mengenalpasti matlamat pesawat misteri dalam radar beliau malah tidak dapat menduga destinasi pesawat, beliau juga terpaksa memantau pesawat yang lain, trafik udara pada malam itu agak sibuk, salah sebuah negara jiran yang bakal mengisytiharkan peperangan secara rasmi esok itu telah meningkatkan trafik udaranya untuk mengelirukan dan supaya tidak menimbulkan syak wasangka kepada negara jirannya yang lebih besar ini.

18.Pada masa yang sama, operator radar itu tidak menyedari bahawa radar Marconi yang bersifat aktif itu telah mengeluarkan pancaran radiasi yang dikesan oleh sistem elektronik F35 terbabit.

19.Misil AGM-88 Harm (High Speed Anti Radiation Missile) kemudian dilancarkan oleh ketua skuadron pesawat musuh, misil bergerak laju mengikuti pancaran radiasi radar Marconi….11, 12, 13 dan boom, satu letupan besar berlaku memusnahkan sistem radar malang tersebut.

20.Mereka bagaimanapun lupa satu perkara, satu unit mobil Vera-E di Genting Highland sedang memantau mereka secara pasif, sistem elektronik F-35 serba canggih itu gagal mengesan bahawa dirinya sedang diintip oleh Vera-E.

21.Beberapa minit sebelum itu, operator Vera E telah pun menghubungi pengkalan udara Gong Kedak untuk membolehkan juruterbang pesawat Su-30 MKM bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang datang.

22.Operator Vera E sedang membuat beberapa pengiraan dan analisis mengenai pesawat misteri yang mematikan sistem radar dan hubungan komunikasi itu.

23.Jika begitu keadaan pesawat-pesawat itu, niat mereka jelas tidak baik dan amat buruk sekali jika mereka berjaya memusnahkan pesawat-pesawat TUDM di lantai pengkalan udara Gong Kedak.

24.Vera E mula bekerja, oleh kerana ia bukan radar, sistem itu mula mengesan gelombang-gelombang elektronik pada pesawat misteri tadi, sudah tentu pesawat terbabit ada memancarkan isyarat IFF (sistem untuk mengesan sahabat atau musuh) atau sistem TACAN/DME interrogator (akan memaksa sistem IFF pesawat lain untuk
memberi maklum balas samada mereka musuh atau tidak).

25.Dengan kecanggihan sistem Vera-E, ia sudah dapat mencongak arah dan jangkaan masa pesawat-pesawat musuh itu akan tiba ke pengkalan udara Gong Kedak.

26.Pada masa yang sama, Mig 29 dari pengkalan udara Kuantan dilancarkan untuk memintas pesawat musuh.

27.Hanya beberapa minit sahaja lagi, apabila sebuah misil Beyond Visual Range (AMRAMMSKI R72) dilancarkan dari jarak 70 kilometer oleh Mig 29 mengenai pesawat ketua skuadron musuh.

28.Tembelang mereka sudah pecah…operasi untuk menghancurkan atau meminimalkan kekuatan Su-30 MKM TUDM di pengkalan udara Gong Kedak gagal.

29.Mereka gagal mengulangi kejayaan “Pre Emptive” tentera udara Israel dalam Operasi Focus, 1967 di mana kekuatan udara negara-negara Arab dihancurkan di atas darat sebelum sempat beraksi dalam pertempuran berikutnya.

*pesawat yang mungkin menjadi platform sistem PS-890 Erieye milik Malaysia.

Pada kali ini saya akan kembali membawa  pembaca  kepada artikel yang sedikit berat iaitu tentang episod pemlikan Pesawat Sistem Amaran & Kawalan Udara (AEW&C) dalam iventori terbaru TUDM. Artikel pada kali ini merupakan sambungan daripada artikel yang bertajuk “tanpa aew&c apalah sangat sukhoi milik TUDM”. Setelah Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Thai (RTAF) memutuskan untuk memperoleh aset pesawat Sistem Amaran & Kawalan Udara (AEW&C), tumpuan kini terarah kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah cakap-cakap mengenainya telahpun terjawab semasa LIMA 2007. Cuma yang masih menjadi persoalan adalah sistem dan pesawat jenis manakah yang bakal diperoleh dalam misi untuk menjadikan TUDM sebuah angkatan yang ulung dan moden di rantau Asia.

Pemilikan AEW&C pada amnya bukan sesuatu yang wajib. AEW&C secara ringkasnya berfungsi sebagai sebuah menara amaran dan kawalan yang bergerak untuk menyokong keupayaan pengesanan, koordinasi dan arahan kepada pesawat milik kawan. Pesawat AWACS juga memberi perlindungan kepada pesawat kawan melalui sistem pencegahan elektronik dan meningkatkan jarak pengesanan radar setiap pesawat melalui penyambungan jaringan data (datalink). Pemilikan AEW&C hanyalah sebagai nilai tambah bagi meningkatkan keberkesanan operasi udara dan pemilikannya hanyalah dilihat sebagai suatu pembaziran oleh sesetengah organisasi ketenteraan.

Di rantau Asia Tenggara, hanya RSAF sahaja memiliki pengalaman mengendalikan pesawat AEW&C. Pesawat AEW&C milik RSAF adalah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye buatan Amerika Syarikat. Grumman E-2C Hawkeye dibangunankan sebagai AEW&C yang boleh dioperasikan dari Kapal Pengangkut Pesawat turut dimiliki oleh negara seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Mesir, Perancis, Mexico, Jepun dan Pakistan. Bagaimanapun khidmat 4 unit pesawat Grumman E-2C Hawkeye bakal digantikan dengan 4 unit pesawat Gulfstream G550 yang dipasangkan dengan sistem EL/M-2075 Phalcon buatan Israel menjelang 2010.

Pada tahun 2007, RTAF telah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan untuk memperoleh 1 unit pesawat AEW&C dari jenis Saab 340 yang dipasangkan dengan sistem radar PS-890 Erieye dari Sweden, yang turut dikenali sebagai S-100B Argus. Perolehan pesawat AEW&C dibuat sebagai sebahagian dari program perolehan 6 unit pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen dari syarikat yang sama. Penghantaran pesawat S-100B Argus dijadualkan pada 2010 menjadikan RTAF sebagai angkatan udara ke-2 selepas RSAF memiliki keupayaan AEW&C di rantau Asia Tenggara.

Walaupun belum ada sebarang keputusan, ramai yakin TUDM bakal membuat perolehan pesawat AEW&C dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pemilikan pesawat AEW&C bakal memberi nilai tambah kepada keuapayaan sistem amaran & kawalan serta peninjauan udara TUDM memandangkan TUDM perlu mengawal sempadan udara yang luas merentasi Laut China Selatan.

Tanpa sebarang petunjuk jelas, ramai penganalisis dan pemerhati doktrin ketenteraan yakin bahawa Malaysia bakal memilih sistem radar PS-890 Erieye sebagai sistem AWACS TUDM. Keyakinan di disandarkan atas beberapa faktor yang dilihat oleh ramai penganalisis sebagai penentu kepada sistem AEW&C yang digunakan iaitu :-

  1. Keupayaan kewangan yang dimiliki oleh Malaysia membataskannya untuk memiliki sistem AEW&C lain. Sistem radar PS-890 Erieye bernilai sekitar USD80 juta adalah lebih jimat berbanding sistem lain yang ditawarkan dengan prestasi yang serupa.
  2. Latar belakang negara pengeluar iaitu Sweden yang mengamalkan sikap neutral juga menjadi faktor penentu kepada pemilihan sistem Erieye. Pemilihan sistem Erieye boleh mengelakkan Malaysia daripada menghadapi karenah birokrasi dan sekatan tertentu seperti yang telah dihadapi semasa membuat perolehan misil AIM-120C dari Amerika Syarikat.
  3. Berbanding sistem AEW&C lain, sistem Erieye tidak memerlukan pesawat yang terlalu besar sebagai platform. Sistem Erieye boleh dipasang pada pesawat sekecil Saab 340 hinggalah kepada pesawat yang lebih besar seperti Saab 2000 dan Embraer ERJ-145.
  4. Tempoh penghantaran yang lebih singkat juga memberi nilai tambah kepada pemilihan sistem Erieye. RTAF misalnya hanya perlu menunggu selama 3 tahun dari tarikh pemeteraian kontrak untuk menerima 1 unit S-100B Argus.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kengkangan dari kedua-dua belah pihak dalam merealisasikan perolehan tersebut. Tidak kira sama ada dari pihak Kerajaan Malaysia mahupun syarikat Saab AB dari Sweden perlu mencari penyelesaian jika mahu melihat TUDM mengoperasikan pesawat AWACS menggunakan sistem radar PS-890 Erieye.

Beberapa permasalahan telah diperdebatkan oleh penganalisis sama ada melalui tulisan dalam media cetak mahupun elektronik di seluruh dunia mengenai kesesuaian TUDM mengoperasikan sistem Erieye. Antaranya :-

  1. Doktrin perolehan semasa ATM yang menekankan sesebuah aset sokongan perlu mempunyai nilai tambah kepada operasi ketenteraan di waktu aman (MOOTW). Memandangkan pesawat AEW&C adalah dari jenis tugasan atau fungsi khusus, memungkinkan pemilikannya tidak sejajar dengan doktrin semasa.
  2. Senario kegiatan jenayah yang berlaku di sempadan laut negara seperti penyeludupan, PATI dan lanun mendorong ATM untuk lebih mengutamakan perolehan aset yang mampu digunakan secara bersama antara TDM, TLDM dan TUDM. Ditambah lagi dengan usia pesawat tertentu yang digunakan secara bersama memungkinkan belanjawan bagi mendapatkan pesawat AEW&C akan ditangguhkan. Penggantian aset seperti Beechcraft B200T, Sikorsky S-61N Nuri dan SA-316B Allouette III lebih diperlukan memandangkan peranan dan fungsinya untuk kegunaan bersama.
  3. Pemilikan AEW&C jenis Erieye juga memungkinkan ATM terpaksa berbelanja lebih besar memandangkan TUDM mengoperasikan pelbagai jenis pesawat pejuang dan tempur. Ini memerlukan kerja-kerja tambahan dengan pemasangan dan konfigurasi kepada pesawat sedia ada agar mampu dioperasikan bersama sistem dari Sweden tersebut. Bagi pesawat buatan negara NATO, ianya bukan menjadi masalah besar tetapi kesukaran bakal dihadapi semasa pengubahsuaian terhadap pesawat buatan Russia.
  4. Pemilihan platform kepada sistem Erieye juga menjadi masalah memandangkan sehingga kini platform yang telah dipasang adalah dari pesawat yang tiada dalam inventori ATM. ATM tidak memiliki atau mengoperasikan pesawat dari jenis Saab 340, Saab 2000 mahupun Embraer ERJ-145. Jika ATM terus dengan keputusan untuk memiliki sistem Erieye menggunakan platform sedia ada, dikhuatiri akan menyukarkan penyelenggaraan memandangkan tiada pengalaman berkaitan dengan pesawat tersebut. Namun, ura-ura Saab AB bakal menawarkan sistem Erieye menggunakan platform dari pesawat CASA C-295 buatan Sepanyol memungkinkan peluang cerah TUDM memiliki sistem ini memandangkan pesawat CASA C-295 dibangunkan berasaskan pesawat CASA/IAe CN-235 yang telahpun dioperasikan oleh TUDM.

Apapun keputusannya, setiap perolehan perlulah berasaskan satu kajian terperinci secara menyeluruh dari sudut sumber, peranan, pengoperasian, jangka hayat serta faedah yang mampu diperolehi dari pemilikan sesuatu aset.

ARTIKEL KALI INI SAYA MEMEBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH. KEBANYAKAN ORANG MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJTA2 ORANG MELAYU DAHULU HANYA KERIS,LEMBING DAN BUKAN PISTOL SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN RAHSIA SENJATA2 ORANG MELAYU. JADI GAGAH2KAN LA DIRI ANDA UNTUK MEMBACANYA…
  • Beribu-ribu tahun dahulu…di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
  • Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
  • Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
  • Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?
  • Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang .Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
  • Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
  • Dalam artikel ini,penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”
  • Benarkah begitu?
  • Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
  • ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
  • Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.
  • Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
  • Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
  • Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
  • Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Flintlock Musket=Istinggar

*Blunderbuss=Pemuras

*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:

*pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih

*terakol

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti in

Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Istinggar

Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

  • Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
  • Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
  • Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
  • Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
  • Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
  • Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
  • Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

*petikan gambar filem langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api  sudah digunakan oleh orang melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dalam menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pada zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah2 hebat orang melayu ini ke layar perak malah diambil kesempatan oleh pembikin filem dari thailand. jika dilihat pada babak2 filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dalam filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang melayu bukan hanya keris dan lembing.

*pengawal2 istana yang menggunakan istinggar

*putera pahang yang pakar dalam menembak.

*putera pahang yang menembak menggunakan terakol.
jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji SECARA MENDALAM sejarah Patani.Ini filem Thai dan nama ‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat.Asalnya penerbit mahu meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang berlaku di Selatan Thai.Jadi diletakkan ‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru,kerajaan Patani diserang oleh Thai,bukannya lanun-lanun Melayu,Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini.Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya,ia cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya,ketika itu Patani berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim,Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan meriam besar.Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah Patani.

Saya hanya sarankan untuk MEMBAYANGKAN suasana meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton filem ini,bukannya menjadikan filem itu sebagai rujukan sejarah Patani.


  • Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??
  • SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

1. Saya menulis artikel kali ini memandangkan terlalu ramai kawan saya yang tidak tahu bahawa dalam peperangan udara, kita tidak mungkin akan menang jika kita hanya mempunyai sukhoi sahaja, Kita perlu ingat starategik peperangan yang mantap bukan bergantung kepada kehebatan jet pejuang kita tapi yang terbaik adalah bagaimana cara untuk memanipulasikan jet pejuang musuh . Di sini saya ingin memperkenalkan satu pesawat iaitu AEW&C, yang mana belum dimiliki oleh malaysia walaupun pernah ada rancangan sebelum ini.Walaupun artikel ini agak panjang tapi pengetahuan tentang aset ketenteraan amatlah  penting supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya ingin menambah aset baru. Ini kerana tanpa bantahan daripada rakyat yang  mempunyai pengetahuan tentang sesetengah aset ketenteraan dan kepentingannya kepada negara senanglah kerajaan melaksanakanya.

2. Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.

3. Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.

4. Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.

5. Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam “Press Kit” para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.

6. Untuk kawan-kawan saya dan pembaca yang masih belum mengenal pesawat AEW&C, secara fizikal, ia merupakan sebuah pesawat yang mungkin menggunakan enjin kipas (turboprops) atau enjin jet.

7. Singapura misalnya mempunyai pesawat AEW&C jenis Hawkeye yang mempunyai kubah radar yang agak besar di atasnya.

8. Republik itu telah membeli empat pesawat AEW&C dari jenis Gulfstream G-550-AEW untuk menggantikan empat pesawat Hawkeye sedia ada.

9. Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2×9 Surveiller.

10.Thailand pula bakal menerima pesawat Saab 340 yang dilengkapkan dengan sistem Erieye Radar, PS-890 tidak lama lagi.

11.Malaysia?? tertangguh dengan alasan ketiadaan bajet…atau pun kerajaan mungkin bimbang untuk berbelanja lebih dan dituduh membazirkan wang rakyat memandangkan masih terlalu ramai orang Malaysia yang malas membaca untuk mencari apa makna pesawat AEW&C dan kepentingannya kepada keselamatan rakyat serta pesawat TUDM.

12.Atau pun mungkin kerana kerajaan beranggapan, kepentingan rakyat seperti membina rumah kos rendah, mengawal kenaikan harga tepung dan beras lebih utama kerana ini memastikan mereka mendapat lebih sedikit undi untuk pilihanraya yang akan datang.

13.Sedangkan Singapura, walaupun ramai rakyat terjun bunuh diri dari flet-flet HDB mereka akibat kegawatan ekonomi, pembelian untuk petahanan tetap diutamakan kerana kekuatan tentera adalah

tunggak kepada bangsa Singapura serta insuran kepada republik itu.

.

BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI

15.Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.

16.Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.

17.Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.

18. Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.

19.Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.

20.Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.

21.Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.

22.Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.

23.Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.

24.Saya memberi satu contoh sebenar iaitu ketika peperangan di Bekaa Valley pada tahun 1982 di antara Syria dan Israel.

25.Israel ketika ini menggunakan pesawat Hawkeye (Sama dengan Singapura) dan memacu pesawat pejuang F-15, F-16 (Pun sama dengan Singapura) dan disokong oleh pesawat lama seperti F-4 Phantom.

26.Hawkeye Israel ketika ini sudah hampir memenangi pertempuran kerana dengan mudahnya sudah dapat menandakan pesawat-pesawat Syria yang sedang berlepas dan mengecam penerbangan mereka.

27.Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan “buta”, operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.

28.Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.

29.Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).

30.Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel. Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa. Saya yakin kalau pengumuman AEW&C dibuat, mesti DAP akan bangkang dulu dan disokong oleh rakyat Malaysia yang lain, pasal DAP ini adalah parti serpihan PAP dari Singapura, licik sungguh jarum mereka untuk melemahkan benteng pertahanan bangsa Malaysia dari segi jangka panjang.

GUGUR DI MEDAN PERANG

Posted: January 18, 2010 in MILITARY

Pada artikel kali ini saya sertakan bebrapa gambar jentera perang seperti kapal perang,kapal selam dan kapal selam yang tidak digunakan atau lebih mudah dikatakan yang gugur di medan perang dan tersadai.  Ada setengah jentera perang ni dimusnahkan secara betul dan ade yang di biarkan berkarat begitu saja. Ini kalau kat malaysia kaya mat2 curi besi ni, biasa hanya jual besi rangka kereta, motor kalau dapat jual besi kapal memang lumayan.

Di atas ini merupakan foto kapal perang penjajap, Sverdlov dekat Murmansk, Norway. Kapal ini aktif pada 1955 merupakan kapal perang Soviet yang terakhir dilengkapi dengan senjata seperti meriam sebelum peluru berpandu mula menjadi senjata utama perang di laut.

Beginilah kereta-kereta tank yang tidak dipakai di musnahkan

Gambar di atas merupakan kumpulan kapal selam dari kelas Whiskey yang tersadai dekat pelabuhan Alexandrovsk-Shakalinsky, Russia. Agak-agaknya kalau pada masa tu banyak ni kapal selam rusia kalau sekarang bayangkanla. Malaysia baru mempunyai dua buah kapal selam rusia yang dikatakan paling senyap di asia tenggara tetapi tidak mempunyai sistem AIP(Air Independent Propulsion).

Jelas kelihatan tiub-tiub torpedo pada permukaan yang sudah terkopak. Saya pun tidak pasti kapalselam kelas apa, mungkin Alfa atau Whiskey tapi nampak macam Diesel Elektrik dan bukan type yang menggunakan kuasa nuklear.

Conning Tower, macam milik Kursk